Gallery

Amalan I’tikaf di Bulan Ramadhan-Sunnah Nabi Yang Dilupai

Masjid Madinah

Amalan Rasulullah s.a.w

I’tikaf merupakan di antara rangkaian ibadah dalam bulan suci Ramadhan yang sangat dititikberatkan dan  sekaligus dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w  sendiri senantiasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama 10 hari dan tidak pernah meninggalkannya semenjak berhijrah ke Madinah hingga ke akhir hayatnya.

Amalan i‘tikaf  kemudiannya di sambung oleh isteri-isterinya ummahatul mukminin .

Dari ‘Aishah r.a. katanya:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. i’tikaf pada tiap tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat. Kemudian para isteri beliau meneruskan i’tikaf seperti itu sesudah beliau wafat.” (HR Muslim)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:

“Rasulullah saw. pernah melakukan i’tikaf pada sepuluh hari pertengahan bulan Ramadan.

Ketika mana waktu dua puluh malam telah berlalu dan akan menyambut malam yang kedua puluh satu, maka beliau kembali ke rumahnya dan sahabat yang beri’tikaf bersama beliau juga kembali ke rumah mereka.

Kemudian beliau bangun malam pada malam ia kembali dari i’tikaf dan berpidato di hadapan sahabat serta menyuruh mereka untuk melaksanakan kehendak Allah lalu bersabda: Sungguh dahulu aku i’tikaf pada sepuluh malam ini (sepuluh malam pertengahan) kemudian nampak olehku (melalui mimpi) untuk i’tikaf pada sepuluh malam akhir.

Barang siapa yang pernah i’tikaf bersamaku, maka hendaklah ia tidur di tempat i’tikafnya. Sesungguhnya aku telah melihat (Lailatul Qadar) pada malam-malam ini, tetapi lalu aku lupa (waktunya), maka cari dan nantikanlah malam itu di sepuluh malam akhir yang ganjil.

Aku pernah bermimpi bahwa aku sujud di air dan lumpur.

Abu Said Al-Khudri berkata: Pada malam kedua puluh satu, kami diturunkan hujan, sehingga air mengalir dari atap masjid ke tempat solat Rasulullah saw., lalu aku memperhatikan beliau. Beliau sudah selesai dari solat Subuh dan pada wajah beliau basah dengan lumpur dan air” (HR Muslim [Bahasa Arab saja]: 1993)

Rasulullah s.a.w pada mulanya telah beri’tikaf pada 10 hari Ramadhan  pertama ,  kemudian 10 hari  pertengahan dalam mencari Lailatul Qadar.

Setelah jelas kepadanya (melalui mimpinya) yang Lailatul Qadar berlaku pada 10 hari terakhir, maka Rasulullah s.a.w  beri’tikaf pula pada 10 hari akhir Ramadhan .

2013-07-28 18.39.04Pada tahun terakhir sebelum Rasulullah s.a.w wafat , Rasulullah s.a.w  telah melakukan i‘tikaf  selama 20 hari iaitu 10 hari pertengahan dan 10 hari akhir Ramadhan. Pada tahun itu Malaikat Jibril a.s  telah membacakan Al Quran sebanyak 2 kali kepada Rasulullah s.a.w.

Kepentingan I’tikaf

Al-Zuhri (Rahimahullah) telah berkata:

“Tersangat anih umat Islam! Mereka tidak lagi melakukan i’tikaf , walaupun jelas bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan amalan ini semenjak hijrahnya ke Madinah hingga ke ahir hayatnya”

Sheikh Wahbah az-Zuhaili merumuskan bahawa yang menjadi tujuan i’tikaf itu adalah membersihkan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. serta menghentikan aktiviti keduniaan pada waktu-waktu tertentu semata-mata untuk beribadah kepada-Nya.

Mengikut ijma’ para ulama  bahawa i’tikaf khususnya 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan merupakan suatu ibadah yang disyariatkan dan disunnahkan.

Diantara kepentingan melakukah  i’tikaf  ialah untuk

  • mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  • mencari malam yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang Muslim iaitu Lailatul Qadar.
  • memberi tumpuan sepenuhnya dalam melakukan ibadah seperti solat , doa , zikrullah dan membaca dan mentadabbur Al Quran tanpa gangguan dari kehidupan seharian yang melalaikan.
  • dapat mengawal nafsu dari perkara-perkara yang akan mencacatkan puasa kerana I’tikaf itu dilakukan di dalam masjid yang suasananya terkawal.

Apabila seorang hamba itu mengerjakan i‘tikaf maka tujuan utamanya untuk dikasihi  Allah s.w.t , dengan menumpukan jiwa dan raganya melakukan solat fardu dan nawafil , mentadabur Al Quran , berdoa dan berzikir kepada Allah s.w.t. Awal dan akhir I’tikaf I’ktikaf pada bulan Ramadan waktunya dimulai sebelum terbenam matahari malam ke-21. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

” Barang siapa yang ingin beriktikaf denganku, hendaklah ia beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan” (HR. Bukhari).

Waktu  berakhirnya ialah  setelah terbenam matahari, hari terakhir bulan Ramadan. Terdapat pendapat ulama mengatakan yang lebih mustahab (disenangi) adalah menunggu sampai solat hari raya. Hal-hal yang disunatkan waktu beriktikaf Disunatkan agar orang yang beri’tikaf memperbanyak ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT ,seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar, selawat ke atas Nabi s.a.w, doa dan sebagainya. Pengajian, ceramah, diskusi ilmiah, telaah buku tafsir, hadis, sirah dan sebagainya juga termasuk perkara-perkara yang digalakkan ketika iktikaf. Namun prioritinya adalah pada ibadah-ibadah khusus. Hal-hal yang diperbolehkan bagi orang yang beriktikaf 1. Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri pulang ke rumah , sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)  2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.  3. Keluar dari tempat kerana keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .  4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid. Hal-hal yang membatalkan iktikaf 1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.  2. Murtad ( keluar dari agama Islam )  3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk  4. Haid atau Nifas  5. Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.  6. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat). Untuk bacaan seterusnya layari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s