Gallery

Rawatan Penyakit Jantung-Ramuan Asli

Penyakit jantung  (atau Coronary Heart Disease) berpunca dari penyempitan pembuluh darah ke jantung  yang mengakibatkan kekurangan bekalan oksigen ke jantung .

Antara prosidur rawatan pesakit jantung di hospital jantung ialah :

(a) Artery by-pass -melibatkan  pembedahan open heart

(b) Angioplasty-membuka saluran pembuluh menggunakan gelung besi atau stent yang dimasukkan melalui urat lengan.

Doktor akan menasihatkan pesakit jantung supaya menukar gaya hidup kepada gaya hidup sihat.

Gaya hidup sihat ialah seperti berikut:

  • melakukan eksesais mencukupi seperti berjalan kaki 40 minit atau lebih sehari ;
  • mengurangkan tekanan dalam hidup ;
  • mengelakkan makanan mengandungi trans-fat, berlemak dan berkelestrol tinggi ;
  • berhenti menghisap rokok ;
  • dan mengambil makanan asli yang tidak di proses , bijiran wholemeal , makan tinggi kandungan serat , buah-buahan , sayuran hijau dan kekacang.

Jantung sihat:Sebiji epal dan 2000 langkah

Selain dari itu doktor akan memberi beberapa jenis ubat seperti aspirin untuk mencairkan darah, statin untuk mengurangkan kolestrol, dan perindopril untuk menstabilkan tekanan darah tinggi.

Ubat-ubat preskripsi doktor di hospital boleh diklasifikasikan sebagai ‘drugs’ atau dadah , yang kerjanya mengubat penyakit tetapi dalam masa yang sama mempunyai kesan (buruk) sampingan  tertentu . Oleh sebab itu pengambilan ubat-ubat ini perlu dikawal dosnya supaya tidak berlebihan.

 Pesakit jantung yang sedar tentang kesan sampingan ubat-ubat preskripsi , akan mencari suplemen makanan, produk herba dan kaedah yang holistik untuk mengurangkan  pergantungan kepada ubat preskripsi.

Antara suplemen makanan sesuai untuk pesakit jantung ialah omega-3 , baik untuk mengurangkan lemak triglycerides, denyut jantun (heart beat) dan tekanan darah .

Habbatus Sauda

Manakala Habbatus Sauda (Black Seeds) dikenali tentang kebaikannya antara lain sebagai ubat anti-inflamasi , di mana penyakit jantung itu sendiri berpunca dari masaalah inflamasi pembuluh darah ke jantung. Habbatus Sauda dapat mengurangkan masaalah inflamasi tersebut.

Dihujung artikel ini dimuatkan satu ramuan  menggunakan bahan-bahan asli yang dikenali kebaikannya sebagai rawatan penyakit jantung.Bahan-bahan tersebut ialah cuka apple cider , * madu lebah asli, bawang putih , halia dan lemon. 

Bahan-bahan

Cara penyediaan dan bahan:

Bahan :100g (panjang 125 mm) halia muda, 1 labu bawang putih, 3 biji (125 ml) lemon juice, cuka apple cider (125 ml) dan madu lebah (350 ml).

Cara penyediaan:

Blendkan halia dan bawang putih secara berasingan  menggunakan 125 ml air tiap-tiap satu.

Campurkan air halia yang telah diblend dengan lemon juice dan cuka apple cider mengikut sukatan diatas.

Panaskan ramuan campuran menggunakan api kecil selama 45 hingga 60 minit. Masukkan air bawang putih kedalam campuran yang dipanaskan pada 10 minit terakhir.

Biarkan campuran yang telah dimasak sehingga sejuk.

Akhir sekali masuk madu lebah kedalam ramuan campuran , kacau dengan sudu plastik hingga sebati sambil diiringi bacaan Al Fatihah dan selawat atas Nabi s.a.w. Simpan ubat di dalam bekas kaca bertutup di tempat sejuk. 

Cara makan:

Minum 1 sudu besar (table spoon) sebelum sarapan pagi setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur semasa perut kosong.

Amalan Doa Penyembuhan

Selain memakan ramuan traditional di atas, pesakit hendaklah banyak berdoa kepada Allah s.w.t kerana Allah s.w.t  sahajalah yang memberi penyembuhan .Ubat yang dimakan merupakan ikhtiar manusia hamba yang lemah semata-mata.

Antara doa  yang diajar oleh Rasulullah s.a.w supaya diamalkan pagi dan petang ialah seperti berikut:(makna doa klik disini)

Doa untuk diamalkan pagi dan petang

Insyaallah dengan beramal dengan perkara tersebut di atas iaitulah:

1. Gaya hidup sihat

2. Mengambil suplemen pemakanan seperti omega-3 dan habbatus sauda

3. Serta memakan ubat ramuan yang telah disediakan

4. Diiringi dengan doa kepada Allah s.w.t

5. **Ditambah lagi dengan membanyakkan puasa sunat seperti puasa Isnin Khamis atau yang terlebih baik puasa Nabi Daud iaitu puasa selang sehari.

, pesakit jantung akan segera merasa perbezaan pada kesihatannya kearah pemulihan .

Yang penting semoga terhindar dari   menjalani prosedur pembedahan artery by-pass atau angioplasty , yang merobekkan batang tubuh dan saku anda.

Nota: * 80 % madu lebah dijual di Malaysia tidak asli. Untuk ramuan carilah madu asli yang berkualiti tinggi.
** Berpuasa membaiki sel-sel dalam tubuh badan manusia menjadi lebih kental dan lebih daya tahan.

 



About these ads

24 responses to “Rawatan Penyakit Jantung-Ramuan Asli

  1. salam, dimana boleh dapat cuka apple cider??

  2. kalo masak guna periuk besi tu ok ke?

  3. kalo dah siap dlm botol tu nak kne letak peti ais ke…tak basi ke?

  4. ok terima kasih..

  5. suzana abu samah

    Kalau dah buat bypass boleh tak minum ramuan ni

  6. suzana abu samah

    Ok bang ….terima kasih …..sebab saya nak cuba buat utk bapa saya….bapa saya baru 3 bulan buat bypass .

  7. Ramuan ni setelah dimasak boleh tahan brapa hari jika tidak disimpan dalam peti sejuk.

  8. thanks so much for the infor…going to make it

  9. info yang berguna tapi ramuan asli tu hanya untuk pesakit jantung shj ke atau boleh dijadikan amalan harian supaya terhindar dari penyakit tersebut?

    • Bahan-bahan yg digunakan bawang putih,halia,madu,apple cider,lemon semua mempunyai khasiat tersendiri.Saya percaya ramuan ini memberi kesan positif kepada kesihatan umum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s