Gallery

Facebook Tok Guru

Ramai manusia atas muka bumi ini , saya percaya memiliki akaun facebook dan saya tidak ketinggalan , kononnya tidak mahu ketinggalan zaman. Ceritanya begini. Sebelum saya sign up dengan facebook , saya duduk perhati anak-anak saya dan juga isteri saya , masing-masing punyai facebook. Lepas tu masing-masing duk telek facebook. Apa yang mereka buat dalam facebook tu. Entahlah. Perasaan ingin tahu mendorong saya untuk register facebook atas nama saya sebenar , mustaffa kadir , tak pandai pulak nak selindung , tak seperti ramai orang yang pakai acronym , alias dan sebagainya.Bila sudah masuk dalam , saya pergi tengok apa mereka buat , rupa-rupanya mereka duduk chit cat , masuk foto , komen foto sesama sendiri. Lepas tu komen tu komen ni. Nampak gaya menghabiskan masa sahaja di situ . Saya menjelajah lagi. Tengok macamana kalau try “add friend” beberapa orang , mula-mula anak-anak , lepas tu isteri , lepas tu beberapa orang kenalan . Tiba-tiba dunia terbuka luas . Kawan-kawan sekolah zaman dulu tiba-tiba muncul dalam facebook , boleh dihubungi , boleh tengok gambar mereka. Zaman dulu tu bukan 10 tahun lepas ,tapi lebih 30 tahun lepas . Rupa-rupanya mereka ni masih hidup , masih boleh hantar foto ke facebook. Ini rupanya benda yang dipanggil ‘social networking’. Saya terfikir benda ni boleh dimenafaatkan untuk kebaikan. Takkan kerja kome sepanjang hari duk komen tu komen ni , duduk buat benda yang tak ada nilai pahala mahupun nilai komersil.Saya menjelajah lagi. Baru-baru ni saya pergi ”like” page Tok Guru  Nik Aziz . Rupa-rupanya Tok Guru pun ada facebook juga , pulak tu dia admin facebooknya sendiri . Dan dia tak mengarut macam kita. Dia tahu guna facebook untuk menyampai mesej dakwah . Cuba tengok post dibawah ni…..

TG Nik Aziz duduk di serambi rumah orang susah

‎”Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Tuhan. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan Allah SWT. Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan Allah SWT….”Allahu Akbar …terkedu hati saya tengok post  facebook Tok Guru ni. Sekarang saya dapati medan facebook ini terbuka luas untuk digunakan  kearah kebaikan , kearah menasihati sesama kita dengan kebaikan dan kebenaran . Dan penjelajahan saya belum habis di sini…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s