Gallery

Komentar Buku Haji oleh Abu Haniff- Part 1

Alhamdulillah saya telah dihadiahkan sebuah buku tentang ibadah Haji berjodol “Haji . Menjejak Manaasik Haji Wada’ Rasulullah s.a.w ” oleh penyusunnya sendiri , Abu Haniff . Buku yang saya dapat ini   siap di otograf sekali oleh Abu Haniff. Setelah sekian lama buku ni tinggal berdebu di atas meja di rumah saya, maka hari ini saya mula buka muka surat pertama dan membacanya. Sambil saya membacanya , saya akan cuba tulis dalam blog ini serba sedikit apa yang saya faham dari pembacaan itu  untuk dimenafaatkan bersama insyaallah.

Cover Buku

Buku ini diterbitkan oleh SABA Islamic Media , disusun oleh Abu Haniff. Cetakan pertama pada April 2011 dan sekarang ada di pasaran.

Buku ini menggunakan  ungkapan  “manaasik Haji Rasullullah s.a.w” , tetapi tidak diterjemahkan secara khusus  ke  bahasa Melayu apa itu “manaasik”. Apa yang saya faham erti “manaasik Haji..” ialah tatacara mengerjakan ibadah Haji dan juga perjalanannya seperti di tunjuki oleh Rasulullah s.a.w.

Penyusun memulakan bukunya dengan membawa hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a yang menceritakan tentang pergerakan Rasulullah s.a.w dari Madinah hingga selesai  manaasik haji wada’nya pada tahun ke 10 Hijrah.

Bilakah ibadat haji diwajibkan? Ibnu Qayyim perpendapat haji mula diwajibkan pada tahun 9 Hijrah berdasarkan turunnya ayat Ali Imran 3:97 .

Haji wada’ ertinya haji selamat tinggal , kerana selepas itu Rasulullah saw tidak lagi mengerjakan sebarang haji. Rasulullah s.a.w hanya mengerjakan haji  sekali sahaja iaitu haji wada’. Adapun Rasulullah s.a.w mengerjakan umrah 3 kali sebelum haji wada’  termasuk semasa peristiwa Hudaibiyah dan 1 kali bersama haji wada’. Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya tidak mengerjakan umrah dengan cara keluar dari tanam haram kemudian masuk balik ke Mekah melainkan apa yang berlaku kepada Aisyah r.a yang ketika itu menghadapi masaalah khusus. Sheikh Ibnu Taimiyyah pernah mengatakan bahawa ulama salaf sepakat tentang makruhnya mengulang-ngulangkan umrah dan memperbanyakkannya.

Bilangan para sahabat yang mengerjakan haji bersama Rasulullah s.a.w adalah dalam lingkungan 100,000 orang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s