Gallery

Aspirasi Projek Solat dan Rehat Masjid Al Ridhuan

LATAR BELAKANG

Masjid Al Ridhuan di bina pada 1984 , 27 tahun yang lalu, di tepi Jalan Hulu Kelang dan tidak berapa jauh dari Zoo Negara . Ketika itu Jalan Hulu Kelang hanya dua lorong kecil , tiada kesesakan jalan , kenderaan tidak banyak di atas jalan .Kawasan di sekelilingnya masih belum membangun , sebahagian besar tanah ditutupi hutan dan semak samun. Fast forward tahun 2011 , kini Jalan Hulu Kelang sudah jadi highway MRR2 , sentiasa sibuk dan ribuan pengguna jalan melintasi Masjid Al Ridhuan setiap hari. Bukan itu saja , seluruh daerah Hulu Kelang telah membangun dengan perumahan , pusat membeli belah seperti Giant , Jusco dan Carrefour  dan township baru seperti Setiawangsa dan Wangsa Maju di sekelilingnya.

Masjid Al Ridhuan di Tepian MRR2
Masjid Al Ridhuan di Tepian MRR2

Walaupun Masjid masih tersergam indah seperti dulu , kemudahan asas yang dibina dan disediakan pada tahun 1984 sudah tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak semasa . Ruang solat Masjid Al Ridhuan boleh menampung 2,000 jemaah sahaja dan pada hari Jumaat jemaah akan melimpah keluar .Walaupun begitu pihak masjid masih boleh ‘improvise’ untuk menampung bilangan jemaah yang ramai .

Pihak pengurusan masjid telah mengenal pasti kemudahan asas yang perlu di upgrade dan bukan setakat  itu saja , malah pihak masjid telah melancarkan satu projek di panggil Solat dan Rehat , panggilan singkat S&R . Pelancaran dana S&R telah dibuat secara rasmi semasa ceramah perdana Ustaz Azhar Idrus bertempat di Masjid Al Ridhuan di akhir bulan Mac 2011 baru-baru ini.

MISI

Objektif pembangunan S&R ialah untuk menjadikan Masjid Al Ridhuan sebagai tumpuan persinggahan ibadat dan rehat mirip konsep Rawat dan Rehat ( R&R ) yang dilengkapi dengan prasarana selesa , moden dan bersih. Secara lebih mudah dalam bahasa hari ini , menjadikan Masjid Al Ridhuan masjid mesra pelanggan . Slogan kita ialah “Jom Solat dan Rehat di sini” . Dan misi projek  ialah menjadikan kawasan Masjid Al Ridhuan sebagai zon satu hentian yang selamat , selesa dan bersih.

Comments are closed.