Gallery

Komentar Buku Haji oleh Abu Haniff- Part 3

Alhamdulillah selamat bertemu kembali.

Keberangkatan

Rasulullah s.a.w telah berangkat dari Madinah  selepas menunaikan solat Zohor , menuju ke Zul Hulaifah pada 23 Zulkaedah 10 H . Bersama berangkat dengannya  ialah para isterinya dan sahabat-sahabatnya termasuk wanita dan kanak-kanak . Setiba di Zul Hulaifah Rasulullah s.a.w telah mengqasarkan solat Asar. Seterusnya Rasulullah s.a.w bermalam di Zul Hulaifah dan tinggal disitu sehingga waktu Zohor keesokannya. Setelah masuk waktu Zohor , Rasullullah s.a.w telah memerintahkan sahabat-sahabatnya menunaikan solat Zohor , dan berihram selepas itu .

Peta Madinah

Zul Hulaifah ialah miqat bagi penduduk Madinah , terletak kira-kira 6 batu dari kota Madinah.

Sebelum Ihram

Perkara yang dilakukan Rasulullah s.a.w sebelum ihram

  • mandi
  • memakai wangi-wangian
  • mengemaskan diri mencukur bulu ari-ari , memotong kuku dan meluruhkan bulu ketiak , tetapi tidak mencukur janggut.

Penyusun  memuatkan hadis melarang mencukur janggut. Penyusun juga membawa hujah bahawa tiada solat sunat khusus sebelum berihram .

Pakaian Ihram

Pakaian ihram bagi lelaki ialah 2 helai kain lepas, dinamakan izar (kain bahagian bawah) dan rida’ (kain bahagian atas) . Tidak dibenarkan bagi seorang lelaki memakai baju , serban , seluar , penutup kepala , khuf dan pakaian yang dicelup dengan za’faran dan wars (dua jenis tumbuhan yang harum baunya ) .

Bagi seorang wanita , pakaian ihramnya hendaklah menutup tubuh kecuali muka dan kedua tangan .Pakaian tersebut mestilah longgar tidak menampakkan bentuk tubuh , tidak menarik perhatian dan menghairahkan kaum lelaki. Dan pakaian itu juga hendaklah tidak menyerupai pakaian lelaki dan pakaian orang kafir  dan bukanlah dipakai kerana sombong dan bermegah-megah. Selain dari itu seorang perempuan tidak boleh memakai penutup muka , sarung tangan dan pakaian disapu dengan za’faran dan wars .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s