Gallery

Komentar Buku Haji oleh Abu Haniff- Part 6 (Tawaf)

Alhamdulillah selamat bertemu kembali.

Tawaf

Rasulullah s.a.w tiba di Mekah pada waktu subuh ,  Ahad 4 Zulhijjah 10 H . Setibanya di Mekah , Rasullullah s.a.w terus memasuki Masjid Al Haram dan tawaf .

Tawaf dan Saei Nama-nama bahagian Kaabah

Bagaimana cara  Rasulullah s.a.w  mengerjakan tawaf ? Sebelum tawaf Rasulullah s.a.w  mengistilam atau menyentuh dengan tangannya   hajar aswad.  Dan juga menciumnya. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w juga melakukan istilam dengan tongkatnya dan mencium tongkat itu. Juga diriwayatkan , Rasulullah s.a.w hanya membuat isyarat dari jauh dan bertakbir apabila tidak dapat menyentuh hajar aswad. Disamping istilam hajar aswad , Rasulullah s.a.w juga melakukan istilam pada Rukun Yamani tetapi tidak menciumnya.

Kemudian Rasulullah s.a.w pergi kesebelah kanannya untuk memulakan tawafnya (yakni meletakkan Baitullah di sebelah kirinya).

Rasulullah s.a.w memulakan tawaf qudumnya dengan berlari kecil atau ramal  3 pusingan pertama dan berjalan biasa 4 pusingan selebihnya. Semasa ramal , Rasulullah s.a.w juga beridhthiba’  iaitu membuka bahu kanannya dengan meletakkan kain ihramnya di bawah ketiak kanannya.

Selepas selesai 7 pusingan , Rasulullah s.a.w pergi menuju ke Makam Ibrahim dan mengerjakan solat sunat tawaf 2 rakaat situ iaitu di antara Makam  Ibrahim dan Kaabah.

Tawaf itu hanya sah jika dilakukan di dalam masjid dan keseluruhan badan berada di luar Kaabah. Adapun bahagian bawah Kaabah (yang terbonjol keluar), atau Shazarwan adalah sebahagian dari Kaabah . Begitu juga Hijir Ismail . Memegang dinding Kaabah bererti memasuki sebahagian badan di dalam Kaabah , akan membatalkan tawaf . Begitu juga tawaf terbatal jika dilakukan di dalam Hijir Ismail  .

Hukum suci dari hadas kecil dan besar , bersentuhan antara lelaki dan perempuan serta doa dan zikir ketika tawaf akan di sebut pada bahagian akan datang .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s