Gallery

Komentar Buku Haji oleh Abu Haniff- Part 7 (Tawaf)

Alhamdulillah selamat bertemu kembali.

Tawaf -sambungan

Di dalam bahagian ini akan dibincang bab hukum bersuci untuk tawaf dan hukum bersentuhan lelaki dan perempuan , adakah batal wudhu’ atau tidak.

Hukum suci dari hadas kecil

Dari Ibnu Abbas r.a , bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda “Tawaf itu adalah solat . Walau bagaimanapun Allah Ta’ala membenarkan di dalamnya percakapan ………”

Berdasarkan hadis di atas , jumhur ulama mengatakan bahawa suci dari hadas kecil  ( berwudhu)  dan najis adalah syarat sah tawaf . Terdapat juga pendapat setengah ulama mengatakan suci dari hadas kecil dan najis bukan syarat sah. Mazhab Hanafi menganggap tawaf orang yang berhadas kecil sah tetapi wajib bayar denda.

Adakah batal wudhu’ apabila bersentuhan antara lelaki dan perempuan ?  Penyusun mengambil 3 setengah muka surat membincangkan perkara ini. Sememangnya  terdapat perbezaan ulama berkaitan perkara ini , batal atau tidak dan bagaimana.  Pembaca boleh merujuk terus kepada beberapa muka surat dalam buku ini. Penyusun buku ini berpendapat berdasarkan hujah yang dibawanya , bersentuhan antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’.

Suci dari hadas besar

Tidak sah tawaf bagi orang-orang berhadas besar iaitu dalam keadaan berjunud , haid atau nifas.

Doa dan zikir ketika tawaf

Rasulullah s.a.w membaca doa berikut antara rukun Yamani dan Hajar Aswad.

Seseorang hendaklah memperbanyakkan doa dan zikir yang mudah baginya ketika bertawaf dengan tidak mengkhususkan bacaan tertentu mengikut pusingan tertentu kerana tiada keterangan mengatakan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya melakukan begitu.

Disebut beberapa kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh setengah orang seperti berasakan untuk mencium Hajar Aswad , berdoa dengan kuat secara individu atau berkumpulan , menggosok atau mencium dinding Kaabah kerana perkara-perkara tersebut tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s