Gallery

Amalan Sedikit Lebih Baik dari yang Banyak

Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang

Antara amalan yang mudah dilakukan berterusan walaupun sedikit ialah solat dhuha . Ia mudah dilakukan kerana ruang waktunya begitu panjang dan  senang diamalkan oleh seseorang samada ia berada di tempat kerja atau di rumah . Sementelah ianya boleh dilakukan dengan bilangan rakaatnya yang terpendek , sependek  2 rakaat.

Ia merupakan amalan yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah s.a.w .

Betapa Rasulullah s.a.w  menitikberatkan solat dhuha dapat dilihat bagaimana Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada beberapa sahabatnya antaranya Abu Hurairah r.a supaya melakukannya secara rutin dan berkekalan, sebagaimana hadis di bawah.

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:

Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur –(HR Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.)

Mengikut jumhur ulamak solat dhuha hukumnya sunat muakkadah.

Ruang Waktu

Waktunya selepas naik matahari  (atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter) sehingga ketika tergelincir matahari tengahari (waktu zohor).

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Bilangan Rakaat

Solat dhuha boleh dilakukan sebanyak minima 2 rakaat dan maksima 8 rakaat (atau 12 mengikut setengah pendapat ulama)

Kepentingan Solat Dhuha

  1. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
  2. Merupakan Amalan sedekah
    Daripada Abu Dzarr r.a, daripada Nabi s.a.w

    يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ  وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

    Maksudnya:

    Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (HR Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.)

  3. Solat orang yang bertaubat.
  4. Dicukupkan rezeki oleh Allah s.w.t  bagi orang yang mengerjakannya.
Doa selepas Solat Dhuha
Baca doa ini selesai solatdoaduha

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikan adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s