Gallery

Khutbah Haji Wada’ Rasulullah s.a.w

Kandungan khutbah Haji Wada’ Rasulullah s.a.w di hari Arafah 9 Zulhijah

 Sesungguhnya darah kamu, dan harta kamu adalah suci bagi kamu sebagaimana sucinya hari kamu  ini, di negeri kamu ini. Ketahuilah setiap sesuatu dari urusan zaman jahiliah adalah di bawah tapak kakiku, terhapus. Dan tuntutan darah zaman jahiliah adalah terhapus.

 Sesungguhnya yang yang pertama-tama tuntutan darah yang aku hapuskan dari tuntutan darah kita ialah darah Rabi’ah bin Harith. Dia menyusu di kalangan Bani Sa’ad, lalu Huzail membunuhnya.

 Dan riba zaman jahiliah adalah terhapus. Dan pertama-tama riba yang terhapus dari riba kita adalah riba Abbas bin Abdul Mutalib. Maka sesungguhnya terhapuslah kesemuanya riba. 

Dan takutlah kamu akan Allah berkenaan wanita. Maka sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan perlindungan Allah, dan dihalalkan bagi kamu faraj-faraj mereka dengan kalimat Allah. Dan bagi kamu atas mereka bahawa tidaklah mereka membenarkan dipijak tempat tidur kamu sesiapa yang kamu tidak menyukainya. Lalu jika mereka melakukan yang demikian itu, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak keterlaluan. Dan atas mereka adalah wajib ke atas kamu nafkah mereka, dan pakaian mereka. 

 Dan sesungguhnya aku telah tinggalkan bersama-sama kamu apa yang kamu tidak akan sesat selepasnya jika kamu berpegang teguh dengannya iaitulah Kitabullah.

 Kalau kamu disoal mengenaiku pada hari akhirat, maka apa yang kamu akan katakan”. Mereka menjawab , “Kami bersaksi bahawasanya engkau telah menyampaikan, dan menjalankan tanggungjawabmu sebagai seorang rasul, dan telah menasihati”. 

Lalu Jabir r.a berkata, “Dengan jarinya, iaitu jari telunjuk, Rasulullah s.a.w mengangkatnya ke langit dan menunjukkan kepada manusia , ‘Ya Allah, saksikanlah, Ya Allah, saksikanlah’  sebanyak tiga kali”. (Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah)


 



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s