Gallery

Komentar Buku Haji oleh Abu Haniff- Part 12 (Muzdalifah)

Alhamdulillah selamat bertemu kembali.

Muzdalifah : 10 Zulhijah

Setelah  matahari terbenam hari 9 Zulhijah , Rasulullah s.a.w mula meninggalkan Arafah dan  bergerak ke Muzdalifah.

Apabila tiba di Muzdalifah, Rasulullah s.a.w terus mengerjakan solat Maghrib dan Isya secara jamak , dengan sekali azan dan dua iqamah .

Setelah selesai solat , Rasulullah s.a.w terus berbaring di situ sehingga fajar muncul keesokannya.

Bagaimanapun bersama Rasulullah s.a.w terdapat orang-orang lemah dari kanak-kanak, perempuan dan orang tua,  di mana Rasulullah s.a.w telah memberi kelonggaran kepada mereka supaya berlepas ke Mina terlebih awal di waktu malam.

Dari Ibnu Umar r.a bahawasanya Nabi s.a.w mengizinkan orang-orang lemah berlepas dari Muzdalifah di waktu malam. Dari kata-kata Ibnu Umar ini terdapat pendapat ulama yang mewajibkan orang-orang tidak lemah untuk bermalam di Muzdalifah.

Waktu bertolak di waktu malam ialah setelah bulan tiada iaitu setelah berlalu sepertiga malam.

Solat Subuh di Muzdalifah

Rasulullah s.aw bersolat Subuh di Muzdalifah setelah masuk waktunya dan bersabda “Barang siapa yang menunaikan solat bersama-sama kami ini, yakni solat Subuh, di sini, kemudian ia berdiri bersama kami sedangkan ia telah wukuf di Arafah , pada malam atau siang , maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan hajinya” (An-Nasai)

Bertolak ke Mina

Setelah selesai solat Subuh Rasulullah s.a.w pergi ke Masy’Aril Haram, iaitu sebuah bukit di Muzdalifah dan berlabuh (wukuf) di situ untuk beberapa ketika.

Setelah hari terang  (tetapi sebelum matahari terbit) Rasulullah s.a.w pun mula bertolak ke Mina.

Baginda terus menerus bertalbiah di sepanjang perjalanan ke Mina.

Peta Arafah-Mina-Mekah

Peta Arafah-Mina-Mekah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s