Gallery

Komentar Buku Haji oleh Abu Haniff- Part 14 (Tawaf Ifadah dan Sa’i)

Alhamdulillah selamat bertemu kembali.

Tawaf Ifadah dan Sa’i

Setelah bertahalul awal di Mina, Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah untuk mengerjakan tawaf ifadah (atau dikenali sebagai tawaf rukun atau tawaf haji).

Rasulullah mengerjakan tawaf ifadah sebelum masuk waktu zohor 10 Zulhijah dan terus mengerjakan solat zohor apabila masuk waktunya.

Rasulullah s.a.w tidak bersa’i  kerana ia mengerjakan haji qiran. Orang-orang mengerjakan haji qiran atau ifrad, tidak perlu bersa’i selepas tawaf ifadah sekiranya mereka telah bersa’i selepas tawaf qudum.

Bagi mereka yang menunaikan haji tamattu’, mereka hendaklah bersa’i selepas tawaf ifadah.

Batasan Waktu Tawaf Ifadah

Terdapat beberapa pendapat ulama tentang batasan waktu mengerjakan tawaf ifadah.

Telah berkata Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Majmu’ Al Fatawa

” Orang-orang yang melaksanakan haji hendaklah memasuki Kota Mekah dan mengerjakan tawaf ifadah.

Sekiranya boleh, hendaklah mengerjakan pada hari Nahar. Jika tidak mungkin, maka bolehlah mengerjakan setelah hari Nahar, tetapi hendaklah masih di dalam hari-hari tasyrik kerana hukumnya menunda tawaf ifadah selepas hari-hari Tasyrik masih diperdebatkan”.

Terdapat satu pendapat yang mengatakan orang yang bertahlul awal hendaklah melakukan tawaf  ifadah sebelum Maghrib Hari Nahar. Jika tidak berbuat demikian , seseorang itu hendaklah kembali ke dalam ihram sebagaimana ia sebelum melontar. Pendapat ini berdasarkan satu hadis riwayat Abu Daud, dan pendapat ini disokong oleh Al Albani yang mengatakan hadis ini sahih.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s