Gallery

Komentar Buku Haji oleh Abu Haniff- Part 16 (Hari Tasyrik)

Alhamdulillah selamat bertemu kembali.

Hari-hari Tasyrik : 11, 12, 13 Zulhijah

Setelah mengerjakan tawaf ifadah, Rasulullah s.a.w kembali ke Mina dan terus berada di situ selama tiga malam hingga hari tasyrik ke 3 (13 Zulhijah).

Hukum Bermalam di Mina

Mengikut Imam Syafii, Malik dan Ahmad Hanbal bermalam pada ketiga-tiga malam tasyrik hukumnya wajib bagi mereka yang melaksanakan nafar thani .

Nafar Awal dan Nafar Thani

Seseorang yang telah melontar pada hari tasyrik pertama dan kedua , kemudian terpaksa keluar dari Mina, maka ia telah melakukan nafar awal. Hukumnya harus. Maka ia tidak perlu lagi melontar pada hari tasyrik ketiga.

Mengikut ulama mazhab Syafii, Maliki dan  Hanbal seseorang yang melakukan nafar awal hendaklah keluar dari sempadan Mina sebelum terbenam matahari pada hari tasyrik kedua. Manakala mengikut Hanafi, sebelum terbit fajar hari tasyrik ke tiga.

Bagi seseorang tidak mempunyai sebab untuk meninggalkan Mina pada hari tasyrik kedua, maka ia hendaklah terus tinggal di situ, dan menyambung melontar pada keesokan harinya.

Maka ia telah dapat menyempurnakan lontaran pada ketiga-tiga hari tasyrik dan hanya keluar dari Mina pada hari tasyrik ketiga. Keluar dari Mina pada hari tasyrik ketiga dipanggil nafar thani .

Nafar thani adalah lebih utama dari nafar awal kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w .

Melontar Hari Tasyrik

Pada ketiga-tiga hari tasyrik, Rasulullah s.a.w telah melontar pada ketiga-tiga jamrah , dimulai dengan Jamrah Ula, kemudian Wusta dan diakhiri dengan Jamrah Aqabah (atau Jamrah Kubra).

Pada setiap jamrah Rasulullah s.a.w telah melontar dengan 7 biji batu, disertai dengan takbir pada setiap lontaran.  

Berdoa Selepas Melontar

Setelah melontar Jamrah Ula , Rasulullah pergi ke tempat datar dan berdoa dengan kadar panjang. Demikian juga selepas Jamrah Wusta. Tetapi Rasulullah s.a.w tidak berdoa selepas melontar pada Jamrah Aqabah.

Waktu Melontar

Waktu Rasulullah memulakan melontar ialah setelah masuk waktu Zohor.

Ulama berselisih pendapat tentang waktu permulaan dan akhir melontar pada hari-hari tasyrik .

Mengikut jumhur ulama melontar pada ketiga-tiga hari tasyrik ini hendaklah dimulakan selepas masuk waktu zohor dan tidak boleh sebelumnya.

Semua ulama telah sepakati bahawa akhir waktu melontar hari tasyrik ketiga ialah sebelum terbenam matahari pada hari tersebut.




Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s