Gallery

Komentar Buku Haji oleh Abu Haniff- Part 18 (Rumusan Akhir)

Alhamdulillah selamat bertemu kembali.

Rumusan Akhir 

Dari mula hingga akhir buku ini, penulis Buku Haji sentiasa menekankan supaya amalan bersangkutan dengan haji dilakukan dengan sempurna dengan mengikut manasik haji Rasulullah s.a.w berdasarkan AlQuran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang sahih.

Penulis buku mengatakan tidak wajar bagi sesiapa untuk mengurangi atau menambah dari apa yang telah ditunjuki oleh Rasullah s.a.w melainkan apa yang dikecualikan oleh Rasulullah s.a.w.

Di awal buku penulis telah membawa sebuah hadis Rasulullah s.a.w 

Bahawasanya Abu Zubair mendengar Jabir berkata, “Aku pernah melihat Nabi s.a.w melontar di atas kenderaannya pada hari Nahar, dan Rasulullah s.a.w bersabda, “Hendaklah kamu mengambil dariku manasik haji kamu, kerana sesungguhnya aku tidak mengetahui, mungkin aku tidak akan mengerjakan haji selepas ini'”.(Muslim, Abu Daud, AnNasai, AlBaihaqi, Ahmad)

Di dalam buku ini, penulis telah menjawab soalan yang biasa ditanya iaitu apakah bentuk haji yang afdal antara ifrad, qiran dan tamattu’.

Antara lain dalam membincangkan tentang waktu mula melontar pada hari-hari tasyrik, penulis menyarankan supaya tidak memulakan melontar sebelum gelincir matahari walaupun ada pendapat mazhab yang mengatakan boleh berbuat demikian pada hari tasyrik kedua dan ketiga, kerana hadis Nabi menunjukkan Rasulullah s.a.w melontar setelah gelincir matahari.

Perihal tempat dan masa berdoa juga diberi perhatian, di mana Rasulullah s.a.w berdoa panjang selepas melontar Jamrah Ula dan Wusta tetapi tidak berdoa selepas Jamrah Aqabah.

Buku ini perlu dibaca dengan fikiran terbuka, dengan mengikuti hujah-hujah sewajarnya kerana beberapa perkara yang disebut di dalam buku ini mungkin bercanggah atau tidak sehaluan dengan amalan haji yang dipraktikkan oleh sesetengah pihak.

Buku “Haji . Menjejak Manasik Haji Wada’ Rasulullah s.a.w ” ini boleh didapati dari Saba Islamic Media, No 1-2-1, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11 , Taman Setiawangsa 54200 Kuala Lumpur tel:+603-42518792 fax:+603 42562030 atau menelefon terus kepada penulis Abu Hanif  hp no +6019 3192134 atau email: tsa1980@gmail.com atau tsidek@me.com

Selamat membaca.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s