Gallery

Ya’juj wa Ma’juj Mengikut Pandangan Sheikh Imran Hosein

Siapakah Ya’juj wa Ma’juj?

Kemunculan Ya’juj wa Ma’juj berkait berkait rapat dengan peristiwa-peristiwa di Akhir Zaman. Dalam kata lain kemunculan Ya’juj Ma’juj itu menandakan telah zahir akhir zaman yang penuh dengan fitnah itu.

Tiada siapa dapat mengetahui tentang peristiwa-peristiwa itu melainkan apa yang di beritahu oleh Allah s.w.t melalui kitabnya AlQuran dan melalui hadis Rasulullah s.a.w.

Sheikh Imran Hosein telah cuba merungkai tentang kemunculan Ya’juj wa Ma’juj melalui tulisannya di dalam bukunya bertajuk “Jerusalem in the Quran” dengan membawa hujah Al Quran ,Hadis Nabi s.a.w dan sejarah pergolakan dunia kini.

Dibawah adalah petikan dari buku Imran Hosein.

Dalam surah Al Anbiya’ ayat 95 dan 96 , Allah s.w.t menyebut tentang kemunculan Ya’juj wa Ma’juj 

ayat 95  وَحَرَامٌ عَلَى قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَـهَآ أَنَّهُمْ لاَ يَرْجِعُون

ayat 96  حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُمْ مِّنكُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ

“Sungguh tidak mungkin (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan bahawa mereka tidak akan kembali . Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj wa Ma’juj , dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi”

Sheikh Imran berkat hanya satu negeri yang dikaitkan dengan Ya’juj wa Ma’juj di dalam hadis Nabi s.a.w  iaitu Jerusalem.  

Penduduk negeri itu tidak akan kembali sehingga Ya’juj wa Ma’juj keluar seperti disebut dalam hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh An Nawwas Ibn Sam’an.

Diriwayatkan dari An-Nawwas Ibni Sam’an radhiyallahu ‘anhu dalam hadis yang panjang. Di antaranya sebagai berikut:

إِذْ أَوْحَى اللهُ إِلَى عِيسَى إِنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا لِي لاَ يَدَانِ لِأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ فَحَرِّزْ عِبَادِي إِلَى الطُّورِ وَيَبْعَثُ اللهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ وَيُحْصَرُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ حَتَّى يَكُونَ رَأْسُ الثَّوْرِ لِأَحَدِهِمْ خَيْرًا مِنْ مِائَةِ دِينَارٍ لِأَحَدِكُمُ الْيَوْمَ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ فَيُرْسِلُ اللهُ عَلَيْهِمُ النَّغَفَ فِي رِقَابِهِمْ فَيُصْبِحُونَ فَرْسَى كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ يَهْبِطُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اْلأَرْضِ فَلاَ يَجِدُونَ فِي اْلأَرْضِ مَوْضِعَ شِبْرٍ إِلاَّ مَلَأَهُ زَهَمُهُمْ وَنَتْنُهُمْ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللهِ فَيُرْسِلُ اللهُ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ الْبُخْتِ فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللهُ ثُمَّ يُرْسِلُ اللهُ مَطَرًا لاَ يَكُنُّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَرٍ وَلاَ وَبَرٍ فَيَغْسِلُ اْلأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كَالزَّلَفَةِ ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ وَرُدِّي بَرَكَتَكِ…

Ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala mewahyukan kepada Isa ‘alaihissalam: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-Ku menuju Thuur.

Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala keluarkan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

Kemudian mereka melewati danau Thabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.”

Ketika itu dikepunglah Nabiyullah Isa ‘alaihissalam dan para sahabatnya. Hingga kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kamu sekarang ini.

Maka Isa dan para sahabatnya berharap (berdoa) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala pun mengirim sejenis ulat yang menyerang leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir bersamaan.

Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabiyullah Isa dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka.

Maka Nabi Isa ‘alaihissalam pun berharap (berdoa) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kehendaki.

Kemudian Allah kirimkan hujan yang tidak meninggalkan satu pun rumah mahupun kemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkatmu…” (HR. Muslim)

Peta -Sea of Galilee

Hadis di atas menyebut Ya’juj wa Ma’juj melewati Tasik Thabariyah (Sea of Galilee) di mana ia terletak di Jerusalem.

Satu tempat lagi yang disebut dalam hadis ini Thur , dimana ia disebut dalam hadis yang lain sebagai satu bukit di Baitul Maqdis atau Jerusalem.

Apabila tentera barisan belakang Ya’juj wa Ma’juj melalui Tasik Thabariyah, tasik tersebut jelas telah kering apabila mereka berkata “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.”

Oleh kerana tiada negeri atau bandar lain yang disebut di dalam hadis berkaitan Ya’juj wa Ma’juj , maka hanya satu konklusi sahaja boleh dibuat bahawa negeri yang disebut dalam ayat 95 dan 96 Surah Al Anbiya ialah Jurusalem.

Dengan kembalinya kaum Yahudi ke Jerusalem, menjadi bukti yang nyata bahawa dinding penahan Ya’juj wa Ma’juj telah runtuh, dan kita sedang hidup di zaman Ya’juj wa Ma’juj dan juga Akhir Zaman.

Sea of Galilee

Dikenali  dengan beberapa nama termasuk Tasik Kinneret atau Tasik Tiberias atau Tasik Thabariyah. Ia terletak di dalam negara Israel sekarang bersempadan dengan Syria. Sebelum perang 1967, Sea of Galilee adalah sebahagian dari negara Syria dan telah dirampas oleh Israel dalam perang tersebut.

Pandangan Tepian Pantai Sea of Galilee

Ia merupakan tasik air tawar yang terendah di dunia dan badan air kedua terendah di dunia selepas Laut Mati yang merupakan laut air masin.

Sumber air utama Sea of Galilee ialah dari air Sungai Jordan dan beberapa mata air bawah tanah.

Penduduk negara Israel, Palestin dan Jordan banyak bergantung kepada bekalan air dari Sea of Galilee.

Pada masa ini Sea of Galilee telah kering air dengan paras airnya terendah dalam sejarah. Lihat video klip di bawah ini.

Tidakkah keadaan ini disebut dalam hadis Nabi s.a.w ketika dilalui oleh Ya’juj wa Ma’juj?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s