Gallery

Ya’juj wa Ma’juj dan Tembok Zulqarnain

Zulqarnain Membina Tembok

Berita tentang tembok atau dinding penahan yang dibina oleh Zulqarnain untuk menahan keluarnya kaum Ya’juj wa Ma’juj telah diberitahu di dalam AlQuran di dalam Surah Al Kahfi ayat 93-99.

Ayat-ayat Quran tersebut menceritakan apabila Zulqarnain sampai di suatu tempat antara dua gunung, dia telah berjumpa satu kaum yang pertuturan mereka sukar di fahami.

Lalu kaum itu meminta Zulqarnain membina satu tembok untuk menahan Ya’juj wa Ma’juj dari melalui lorong antara dua gunung dari menyerang mereka dan membuat kerosakan. Lalu Zulkarnain membina tembok itu dari besi dan tembaga.

Tembok Telah Terbuka

Telah diriwayatkan dari Zainab binti Jasy ,Rasulullah s.a.w  pada suatu hari telah bangun dari tidurnya dalam keadaan cemas sambil memberitahu tembok Ya’juj wa Ma’juj telah pun terbuka sebagaimana hadis di bawah.

Dari Zainab binti Jahsy :

“Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini.

Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)”

Liputan Sejarah

Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimah telah menulis “Khalifah Abbasiah , Wathiq Billah telah nampak di dalam mimpinya tembok Zulqarnain telah terbuka. Dia bangkit dari mimpinya dalam keadaan cemas , lalu mengutus wakilnya Salam untuk menyiasat. Setelah pulang Salam telah melapurkan tentang keadaan dan ciri-ciri jelas tembok itu” .

Perkara yang serupa disebut oleh Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa an Nihayah.

Dimanakah Tembok Zulqarnain

Banyak pendapat tentang di mana lokasi tembok Zulqarnain. Antaranya dimuat di bawah ini.

Ibnu Abbas r.a mengatakan ia terletak dekat dengan gunung di Amenia dan Azerbaijan.

Ibn Khaldun juga telah menyebut “Menduduki ke Barat , bahagian ke sembilan dari ‘kerajaan ke tujuh’ , ialah suku-suku kaum Turk yang digelar Qinfaq dan Cherkess (atau Caucasus). Ke timur pula diduduki oleh kaum Ya’juj Ma’juj. Antara keduanya terletak Gunung Caucasus yang menjadi garis pembahagi…………..terletak di celah banjaran pergunungan ini tembok Zulqarnain ”

wpid-karte-4-965-en-2011-12-11-14-49.gif

Peta Kawasan Pergunungan Caucasus

Sheikh Hifzur Rahman telah menulis di dalam “Qasas ul Quran” tentang tembok Zulqarnain. Beliau menulis “Ya’juj Ma’juj telah membuat porak peranda dan membunuh di kawasan bumi yang luas . Oleh kerana kekejaman mereka banyak tembok-tembok telah dibina oleh raja-raja. Antara empat tembok yang terkenal ialah:

        No 1) Tembok Besar China

        No 2) Tembok di Derbent terletak in Asia Tengah dekat Bukhara dan Tirmiz

        No 3) Tembok di Derbent ,Dagistan di tepi Laut Caspian

        No 4) Tembok di barat Derbent, Dagistan di  pergunungan Caucasus

Dia menulis lagi “Ahli sejarah sperti Masoodi , Istakhari dan Hamawi berpendapat tembok Zulqarnain ialah salah satu dari tembok di Derbent di tepi Laut Caspian (no 3) atau ke barat Derbent di pergunungan Caucasus (no 4).”

Akhir sekali dia menulis “….ahli hadith Allama Anwar Shah Kashmiri di dalam bukunya Aqida-ul-Islam berpendapat tembok Zulqarnain ialah tembok di barat Derbent , yang terletak di pergunungan Caucasus (no 4)”.

Daryal Gorge

Sheikh Imran Hosein telah mengenal pasti lokasi tembok Zulqarnain di suatu tempat bernama Daryal Gorge di sempadan Georgia dan Rusia.

Daryal Gorge terletak di tengah sebuah lebuh raya sepanjang 220 km yang menghubungi bandar Tbilisi di Georgia dan bandar Vladikavkaz di Rusia.

Lebuh raya ini merupakan satu-satu jalan yang merentasi banjaran pergunungan Causasus yang sangat tinggi antara Georgia di selatan dan Rusia di utara. Laluan ini telah lama wujud semenjak kurun pertama BC lagi.

Pengajaran

Tembok Zulqarnain berkait rapat dengan  asal-usul dan identiti bangsa Ya’juj wa Ma’juj . Dari Ibn Abbas r.a kepada Ibn Khaldun sehinggalah ulama mutakhir , mereka seolah sepakat tembok Zulqarnain terletak di pergunungan Caucasus.

Minat untuk mengetahui di mana tembok itu terbit dari usaha untuk mencari identiti Ya’juj dan Ma’juj.

Adakah mereka itu bangsa Khazar , suatu bangsa yang dikenali ganas , yang pernah membina empayar di situ?

 Persoalan tentang di mana letaknya tembok Zulqarnain bukanlah perkara pokok dalam aqidah seorang muslim.

Kisah-kisah di dalam Al Quran menuntut seorang muslim itu mengambil iktibar dan pengajaran darinya .

Apabila tiba ketentuan Allah s.w.t , sebagaimana Allah s.w.t  janjikan , tembok itu akan hancur , maka Ya’juj wa Ma’juj akan muncul dan akan turun “dari seluruh tempat yang tinggi”.

Perkara-perkara berkait peristiwa akhir zaman ini wajib diimani oleh setiap muslim dan tidak boleh disanggah samasekali tentang kebenarannya.

Menjadi satu kepastian kaum Ya’juj wa Ma’juj akan muncul di akhir zaman sebelum terjadinya Kiamat. Ia menjadi salah satu dari tanda-tanda besar berlakunya Kiamat.

Tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w , apabila Ya’juj wa Ma’juj muncul , mereka melalui Tasik Tabariah dan mereka meminum airnya sehingga kering.

Apakah kita semakin hampir dengan zaman kemunculan Ya’juj wa Ma’juj ?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s