Gallery

Hilang Jati Diri di Ambang Tahun Baru

Pada 22 Disember 2011 di waktu pagi, saya telah pergi ketengah bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki LRT monorail. Kerana penumpang penuh sesak , saya terpaksa berdiri. Sambil sebelah tangan berpaut pada tiang pemaut stainless steel , mata saya memandang keluar ke arah bangunan dan jalanraya di bawah.

Pada masa itu, monorail telah hampir sampai ke stesyen Raya Chulan. Langsung saya ternampak “Hard Rock Cafe” dengan motosikalnya di atas bumbung. Kelihatan semua cermin tingkapnya di hiasi dengan tema Krismas, salji putih, jingle bell, daun holly, pokok krismas. Setahu saya ramai orang melayu menjadi pelanggan di sini untuk minum dan berhibur. Saya tahu pemilik “Hard Rock Cafe” ni sah seorang melayu.

wpid-28387759-2011-12-25-22-09.jpg “Hard rock cafe” ini tempat manusia berhibur sambil makan dan minum , didendangi alunan muzik rock. 100% produk negara Uncle Sam. Ada arak disini? Sudah tentu.

Kemudian monorail meluncur lagi. Saya nampak hotel terkemuka Hotel Crown Plaza . Saya nampak pokok krismas besar depan hotel tu.

Suasana KL seolah-olah London atau New York di ambang menyambut Krismas.

Pengunjung-pengunjung ke pusat membeli belah utama di Kuala Lumpur tidak dapat mengelak melihat dekorasi krismas yang besar dan bercahaya. Seolah-olah Kuala Lumpur ini telah dikristianisasi. Syiar mereka telah mengatasi syiar Islam , agama rasmi negara ini.

Cuba lihat dekorasi krismas yang terdapat di merata tempat di Kuala Lumpur.

wpid-pv4-2011-12-25-22-09.jpg

Jingle Bell Gergasi Di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

wpid-img_0376-400x266-2011-12-25-22-09.jpg

Ban Santa Kalus pun ada-(Harga RM3.50).

wpid-img_0310-2011-12-25-22-09.jpg

Sekitar Tiga Segi Emas (Financial District) Kuala Lumpur

wpid-img_0416-2011-12-25-22-09.jpg

Sebuah Shopping Mall di Kuala Lumpur

Masya Allah. Bagaimana benda ni boleh berlaku.

Tanggal 31 Disember 2011 hampir tiba. Waktu itu pemuda-pemudi melayu (dan orang tua) sekali akan berduyung-duyung ke pesta-pesta sambutan tahun baru di Dataran Merdeka atau tempat sepertinya.

Sambutan tahun baru ni, sambutan tahun Masehi , orang Kristian punya.

Kenapa umat Melayu Islam boleh terlibat sama?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s