Gallery

Pertemuan Mahabbah-Teladan Yang Baik

Cara menyelesai masaalah yang ditunjuki oleh pimpinan tertinggi PAS yang perlu dicontohi.

Sebuah pertemuan mahabbah antara pimpinan tertinggi PAS telah diadakan baru-baru ini di Kelantan untuk menyelesai pertikaian yang berlaku di dalam PAS yang membabitkan Dato Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin yang dikatakan mempunyai masaalah.

Pertemuan yang melibatkan 5 pimpinan utama PAS itu telah dapat mendamaikan perbalahan dan mententeramkan suasana.

Apa yang dikatakan sebagai perbalahan dalam PAS telah mendapat liputan muka depan akhbar-akhbar harian tempatan.

Memetik kata-kata Ketua Dewan Ulama PAS  “Amalan memohon kemaafan amat dituntut dan digalakkan oleh ajaran Islam, terdapat dalam satu hadis yang menceritakan kelebihan orang yang meminta maaf, Allah s.w.t amat menyayangi mereka yang melakukan keterlanjuran kemudian kembali kepada Allah s.w.t, kedudukan mereka sangat istimewa di sisi Allah s.wt. berbanding mereka yang enggan melakukan tindakan sedemikian rupa”

wpid-picq-2012-01-2-23-19.png

Gambar pertemuan antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din,Datuk Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang diadakan di Kelantan baru-baru ini.

Gambar seperti ini tidak pula dimuat di muka depan akhbar-akhbar harian kerana tidak sensasi. Di muka belakang pun tidak ada. 

Kenapa akhbar-akhbar lebih cenderong  memaparkan nilai-nilai negatif seperti  perpecahan, percanggahan pendapat , perbalahan dan permusuhan?

ps: Pada 8 Januari 2012 , Hassan Ali telah dilucutkan keahliannya dalam PAS , disebabkan beberapa tindakan beliau selepas pertemuan mahabbah yang diadakan diakhir bulan Disember 2011 itu.

Setelah beliau dipecat, Hassan Ali mengatakan ia dipecat dari PAS kerana kenyataannya berkenaan perhimpunan 901 dan kepimpinan Anwar Ibrahim. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s