Gallery

Tudung Antara Adat dan Ibadat

Memang benar kita sedang berada di akhir zaman.

Antara perkara yang disebut oleh Rasulullah s.a.w, di akhir zaman akan berlaku wanita berpakaian seperti bertelanjang dan kepala mereka seperti bonggol unta.

Susah untuk dibayangkan bagaimana , cuba lihat lakaran dibawah dan anda akan mengerti maksud “berpakaian seperti bertelanjang”

aurah

Berpakaian Seperti Telanjang

Cara berpakaian begini seolah sudah jadi ’standard’ di kalangan wanita Islam hari ini samada di pejabat atau di pasar, malah di mana-mana.

Mereka berpakaian begini tanpa segan dan silu .  Baju dan seluar ketat , tudung yang tidak menutup dada , inilah apa yang disebut “berpakaian seperti bertelanjang” dan ditambah pula dengan bersanggul seperti bonggol unta.

Keadaan menjadi tersangat buruk apabila “berpakaian seperti bertelanjang” ini sudah dianggap seolah-olah memadai menutup aurat hanya kerana ada sehelai tudung di atas kepala.

wpid-p1190678-2012-01-19-23-15.jpg

Tudung Undersize di jual di pasar malam

Sebagai seorang bapa atau suami , seorang lelaki sudah tentu kasih dan sayang kepada anak-anak dan isterinya .

Tanda dan kasih kita ialah menjaga hal ehwal mereka .

Antaranya menjaga akhlak mereka supaya menutup aurat dengan cara yang betul dan menepati ajaran Islam yang murni.

Cara Menutup Aurat Dengan Betul

Apa akan berlaku apabila amalan yang rosak , yang tidak menepati syariat Islam yang murni , telah di anggap betul dan diterima pakai kerana sudah menjadi adat kebiasaan sesuatu masyarakat?

Maka akan berlaku keadaan terbalik kod , yang salah dianggap betul, yang betul dianggap salah. 

Begitulah keadaan yang berlaku dalam hal menutup aurat di kalangan masyarakat Melayu hari ini.

Nasihat Ustaz Azhar Idrus

Nasihat Ustaz Azhar Idrus

Mari kita sama-sama membenteras gejala “berpakaian seperti bertelanjang” ini dengan mendidik anak-anak isteri dan ahli keluarga supaya beramal mengikut syariat Islam yang betul.

Gaya Pakaian Sonsang

Gaya Pakaian Wanita Muda Sonsang Berseluar Ketat  dan Bertudung                                             Menampak Susuk Badan seperti Bertelanjang

Allah Taala berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (Al Tahrim 66:6)

‘Ali bin Abi Thalhah menuturkan dari Ibnu ‘Abbas r.a, ia berkata,

“Firman-Nya ‘Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka’, yakni ajarilah mereka utk taat kepadaNya dan tidak bermaksiat kepadaNya.

Dan perintahkanlah kepada keluarga kalian utk berzikir agar Allah swt menjauhkan mereka dari api neraka” (Ath-Thabari (XXIII/491))

Advertisements

2 responses to “Tudung Antara Adat dan Ibadat

  1. Artikel ini ditulis pada bulan Januari 2012 berkaitan aurat wanita yang terabai. Bertudung kepala sahaja tidak bererti menutup aurat sebagaimana tanggapan masyarakat yang jahil. Berseluar ketat, berbaju ketat , berkelakuan seksi menjadikan perbuatan menutup kepala sebagai satu fesyen sahaja dan mempermain-mainkan hukum agama.

    Bagaimana dengan pergaulan bebas lelaki perempuan? Realiti masyarakat , perkara ini terlalu ‘common’, menjadi tidak apa apa bukan kesalahan. Lepas tu anak-anak gadis Melayu bertudung tidak segan silu pergi ke konsert hiburan, menari terlonjak-lonjak lelaki dan perempuan.

    Gadis bertudung di peluk cium oleh anggota KPop menggemparkan? Tidak. Ini dah jadi fenomema biasa. Drama drama di TV percuma Malaysia penuh dengan adegan peluk cium. TV1, TV2 milik RTM dan TV3 milik orang Melayu semua menjadi perosak akhlak umat Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s