Gallery

Tudung Antara Adat dan Ibadat-Erti Menutup Aurat dan Tabarruj

Dalam post yang lepas, saya telah menulis tentang pakaian wanita hari ini yang jauh bercanggah dengan cara menutup aurat yang sebenar yang dianjur oleh Islam.

Menutup aurat bukan bermakna meletak sehelai tudung di atas kepala. Asal ada tudung atas kepala , dah memadai, seolah begitu tanggapan ramai wanita Islam hari ini.

Oleh kerana menutup aurat itu adalah suruhan agama atau satu ibadah, maka cara melakukannya semestinya seperti ditunjuki oleh agama.

Di dalam membicarakan bab menutup aurat , ada satu lagi bab yang perlu diberi perhatian iaitu bab tabarruj (berhias).

Antara menutup aurat dan tabarruj , saling lengkap melengkapi. Tidak memadai menyempurnakan satu dan mengabaikan yang satu lagi. Dalam kata lain seorang wanita hendaklah menutup aurat semasa di luar rumah , dan seterusnya janganlah ia bertabarruj.

MENUTUP AURAT 

Definasi menutup aurat ialah menutup seluruh tubuh kecuali bahagian yang dibenarkan iaitu muka dan kedua telapak tangan.

TABARRUJ

Manakala tabarruj ertinya menghiaskan diri termasuk menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya).

Termasuk dalam pengertian tabarruj ialah memakai pakaian nipis atau jarang; pakaian ketat hingga nampak bentuk tubuh; bermake-up; memakai haruman semerbak; memakai perhiasan dan berfesyen yang menarik lelaki asing.

Kesempurnaan berpakaian menutup aurat tanpa tabarruj seorang wanita Islam seperti berikut:

  1. Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan dua telapak tangan. Kaki perlu ditutup kerana ia tidak terkecuali.
  2. Memakai pakaian longgar yang tidak menampakkan bentuk tubuh.
  3. Tidak berpakaian nipis atau jarang .
  4. Tidak  berfesyen yang menarik perhatian lelaki asing.
  5. Tidak memakai makeup dan haruman.
  6. Tidak menyerupai lelaki atau perempuan kafir dan musyrik.

Firman Allah s.w.t

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”[An-Nur (24):31]

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [Al-Ahzab (33):33] 

Menutup aurat juga hendaklah diasaskan atas  iman dan taqwa dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan kerana rutin harian atau sebab-sebab lain.

Advertisements

One response to “Tudung Antara Adat dan Ibadat-Erti Menutup Aurat dan Tabarruj

  1. Reblogged this on mi horizon and commented:

    Ingat perkataan ini , tabarruj. Haram membuka aurat dan tabarruj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s