Gallery

Ustaz Azhar Idrus-Satu Fenomena

Malam ini 28 Januari 2011, Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah meyampaikan kuliahnya di Masjid Al Ridhuan Hulu Klang tidak jauh dari Zoo Negara.

Dari awal petang kawasan masjid Al Ridhuan dipenuhi bangsal-bangsal peniaga di kawasan lapang masjid. Tidak kurang 50 bilangannya.

Dekat maghrib tadi, simpang depan Taman Al Ridhuan berhampiran Masjid Al Ridhuan telah penuh sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan kerana jam di pintu masuk masjid. Sudah banyak kereta yang parking di birai  jalan kerana drebar dan penumpang telah memasuki masjid.

Bila tiba waktu mangrib, bilal azan dan iqamah , manusia penuh di dalam masjid sehingga melimpah hingga ke atas tempat parkir kereta yang telah dihampari dengan kapet dan alas plastik. Yang lebih awal dapat sujud atas karpet dan alas. Yang lewat mencari-cari ruang kosong yang sudah tiada, terpaksa sujud atas batu paving block.

wpid-imag0054-2012-01-29-00-36.jpgOrang Ramai Duduk atas Tempat Parking Kereta di Luar Masjid

Begitu ramai manusia dari Lembah Klang datang untuk mengikuti kuliah yang akan disampaikan oleh UAI. Bilangannya tidak kurang lima ribu orang berdasarkan anggaran konservatif.

wpid-imag0060-2012-01-29-00-36.jpg

Screen Besar di pasang Luar Masjid

Meneliti manusia yang datang mendengar kuliahnya , didapati majoriti dari kalangan orang-orang muda bawah 40 tahun.

Selepas kuliah dan solat Isya , kira-kira 9.45 malam, UIA dikerumuni oleh peminat-peminatnya untuk bersalaman.

Ramai pula yang bawa kamera mengambil gambar . Begitu ramai sehingga sampai tenggelam UAI di kelilingi peminat-peminatnya. Umpama seoarng artis di kerumuni peminat.

Sememangnya UAI merupakan fenomena baru.

Setelah habis kuliah, sekali lagi jalan-jalan menjadi begitu sesak , dari kebanyakan kereta-kereta yang petang tadi parking tepi jalan. Mereka ini ingin pulang ke rumah masing-masing setengah dari Shah Alam dan dari tempat yang mungkin lebih jauh.

wpid-imag0064-2012-01-29-00-36.jpg

Kesesakan Jalan Raya Selepas Kuliah

Begitulah fenomena Ustaz Azhar Idrus yang diminati. Beliau bukan penyanyi , bukan pula seorang tokoh politik terkenal. Beliau hanya seorang guru agama.

Kalau anda tahu sebab mengapa ia begitu popular , sila komen di blog ini . Komen-komen anda akan dimuatkan di sini.

Advertisements

2 responses to “Ustaz Azhar Idrus-Satu Fenomena

  1. Barangkali penyampaian dan jawapan UAI dapat memuaskan hati para peminatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s