Gallery

Bawang Putih-Makanan Kesihatan

Bawang putih, nama lain allium sativum, terkenal membuat mulut berbau busuk apabila memakannya. 

Dikalangan orang Melayu Kelantan kalau tiada bawang putih , maka tiadalah masakan favourite  ikan singgang atau ‘ike singge’, masakan simple tetapi sungguh menyelerakan terutama bersama budu .

Bawang Putih

Bawang putih apabila ditumis mengeluarkan aroma yang menaikkan selera makan.

Orang Cina terkenal banyak memasukkan bawang putih dalam masakan mereka. Demikian juga penduduk di beberapa negara Mediterranean.

Tahukah anda bawang putih mempunyai khasiat kesihatan yang banyak ?

Antara khasiat kesihatan bawang putih ialah:

  • mengurangkan   “atherosclerosis”  (pembuluh sarah menjadi keras) 
  • menurunkan tekanan darah antara 1 hingga 5 %.
  • menguatkan ketahanan badan (sistem immune ) , membantu melawan penyakit seperti barah.
  • mencair atau menipiskan darah 
  • menghindarkan selsema 
  • bersifat anti-biotik membunuh kuman

Dengan mengambil bawang putih seseorang boleh  mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke, melawas perjalanan darah dan meningkatkan  sistem immune.

Cara mengambil bawang putih

Cara paling berkesan ialah dengan memotong halus-halus atau dilenyek dan dimakan mentah atau dimasak.

Bila dimasak jangan terlalu lama, hadkan masa di atas api tidak melebihi 10 minit , supaya bahan aktif dalam bawang putih tidak musnah.

Hindarkan memasak dalam oven microwave kerana ia akan memusnahkan bahan aktif .

Boleh diambil  suplemen yang dijual di farmasi , dalam bentuk tablet atau kapsul.

Kuantiti untuk Orang dewasa :

  • 2-4 g bawang segar yang dipotong halus sehari.
  • pengambilan suplemen pula hendaklah mengikut kadar yang disyorkan oleh doktor atau pengeluar.

Resipi Ikan Singgang

Kepada peminat ikan singgang, dimuat dibawah ini resepi masakan ikan singgang yang sungguh enak.

Hidangan untuk 5 orang:

  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 5-6 ulas bawang putih dicincang nipis
  • 2 keping asam keping
  • 1 inchi lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 2 biji cili padi

Rebus air dengan bahan bawang putih, asam, lengkuas, kunyit, cili dan garam sehingga mendidih.

Kemudian masukkan ikan yang telah dipotong selama 5 hingga 10 minit sehingga masak.Umm…..sedapnya.


Advertisements

One response to “Bawang Putih-Makanan Kesihatan

  1. terimakasih
    sangat berguna bagi saya
    semoga dibalas dengan kebaikkan yang banyak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s