Gallery

Mencegah Penyakit Darah Tinggi-Amalan Mudah

Dua hari lepas , sahabat karib saya dari Ipoh, Perak , Hj Idris telah berkongsi rahsia dengan saya,  bagaimana beliau dapat menjaga kesihatan melalui satu amalan fizikal harian yang sangat ‘simple’ .

Saya macam tak percaya apabila beliau memberitahu saya , tekanan darahnya (bp) masih kekal pada tahap 120/80, pada check-up terakhir beliau pada bulan Januari 2012 lepas.

Dan beliau juga memberi saya, beliau tidak mengalami penyakit jantung.

Doktor peribadi anda akan memberi anda, tekanan darah 120/80 ialah tahap paling normal untuk seseorang yang sihat. Selalunya orang muda bawah umur 40 tahun dapat mengekalkan bp 120/80.

Bila seseorang itu meningkat tua, bpnya juga meningkat. Pada umur tua , lima puluhan atau enam puluhan , kalau boleh menten bawah 140/90 kiranya dah ok, masyaallah .

Bagaimana sahabat saya ni dapat menten 120/80 , memang satu benda yang menakjubkan, pada umurnya 61 tahun.

Apa yang diamalkan oleh beliau ialah mengurut urat belakang tengkok dan dada kiri sebanyak 20 atau lebih sebelum mandi pagi , tengahari atau petang , tiap-tiap hari.

Caranya ialah, mula-mula urut belakang tengkok dengan dua ibu jari kanan dan kiri dari arah atas turun ke bawah sebanyak 20 kali.

Kemudian menggunakan ibu jari kanan , urut bahagian dada kiri bermula dari atas bahagian collar bone turun ke bawah dada 20 kali atau lebih.

Apabila selesai kedua-dua urutan barulah boleh mengenakan air pada badan untuk mandi.

Untuk mudah memahami cara meletakkan ibu jari dan tempat bahagian belakang tengkok dan dada kiri , sila tonton klip video di bawah ini , yang didemokan oleh Hj Idris sendiri.

Oleh kerana yang mengambil video klip  itu saya sendiri, maka anda tidak akan dapat melihat aksi saya dalam klip-klip ini.

Video Klip 1. Ditunjukkan bagaimana menyusun jari kedua-dua  belah tangan seakan pergerakan tai-chi  

Video klip 2 .Ditunjukkan bagaimana mengurut belakang tengkok

Video klip 3 .Bagaimana Mengurut Bahagian Dada Kiri

Video klip 4.Penutup dan pesanan akhir

Advertisements

2 responses to “Mencegah Penyakit Darah Tinggi-Amalan Mudah

  1. Mohon share ya. Terima kasih atas ilmunya. Semoga diberkati Allah swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s