Gallery

Hakikat Doa-Tidak Ada Hijab

Hakikat doa ialah bagi orang yang dizalimi tidak ada hijab apabila ia mengangkat tangan , merintih dan berdoa kepada Allah Taala.

Maksud tiada hijab ialah doanya diperkenankan Allah Taala.

Erti orang yang dizalimi ialah orang yang dianiaya, dipukul, difitnah, didustai, dicabul maruahnya , dirampas hartanya , dinafikan haknya dan sebagainya.

Dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : “اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَاوَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya :Takutlah kamu akan doa seorang yang dizalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Persoalan yang sering ditanya ialah adakah doa yang tiada hijab ini hanya tertentu bagi seorang Muslim yang soleh sahaja ?

Bagaimana pula dengan orang fasiq atau orang kafir , adakah doa mereka pun tiada hijab?

Sebenarnya kefasikan atau kekafiran seseorang itu bukanlah lesen untuk menzaliminya kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (Riwayat Ahmad)

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). 

Apakah nasib orang yang berbuat zalim?

Imam Muslim telah meriwayatkan seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya. 

Sa’id bin Zaid telah berdoa : “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. 

 Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan pada akhirnya mati terjatuh kedalam sebuah lubang dalam tanahnya .

Oleh itu hindarkan dari menzalimi orang lain kerana Allah akan membalas mereka yang zalim, sekalipun insan yang dizalimi itu seorang fasik atau kafir .

Allah Taala tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Pasti akan tiba hari yang dijanjikan, balasan Allah akan datang kepada orang yang zalim secara tiba-tiba .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s