Gallery

Kisah Teladan-Tiada Buahan dari Pelawat

Muhammad Qutb

Selepas As-syahid Sayyid Qutb di hukum gantung hingga mati pada hujung tahun 60 puluhan, saudara lelakinya Muhammad dan saudara perempuannya Hamidah telah dipenjarakan . 

Mereka berdua tidak dibenarkan bertemu antara satu sama lain.

Menteri Dalam Negeri Mesir pada masa itu bernama Sha’rawi Jum’ah telah mengeluarkan arahan supaya semua pejuang-pejuang Islam yang dipenjarakan tidak dibenarkan menerima hadiah buah-buahan dari pelawat.

Setelah dipenjara beberapa tahun Muhammad Qutb telah memohon untuk bertemu saudara perempuannya Hamidah. Tetapi Sha’rawi menjawab “Awak tidak akan dapat berjumpa saudara perempuanmu sama ada hidup atau pun mati .”

Kira-kira setahun berlalu , kerajaan baru tiba-tiba naik berkuasa dan melemparkan anggota-anggota rejim lama ke dalam penjara , termasuk Sha’rawi.

Muhammad Qutb dan Hamidah mendapati diri mereka dibebaskan , berada di luar , manakala Sha’rawi mendapati dirinya  dikurung di dalam sel penjara yang  bekas diduduki oleh Muhammad Qutb.

Pada suatu hari isteri Sha’rawi datang ke penjara untuk melawat suaminya, dengan membawa sebakul makanan.

Pengawal penjara telah menyekat isteri Sha’rawi , memeriksa makanan dalam bakul yang dibawanya, didapati mengandungi buah-buahan.

Lalu pengawal bertanya kepada si isteri “Awak nak bertemu dengan siapa?”.

Dia si isteri menjawab “Saya ingin bertemu suami saya Sha’rawi Jum’ah”.

Lalu pengawal memberitahunya “Mohon maaf saya kena patuh kepada arahan:Tiada buah-buahan dari pelawat“.

adaptasi dari tulisan Tarek Mehanna


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s