Gallery

New Kid on the Blog

Dah genap setahun saya berblog , bermula dengan post pertama pada 4 Jun 2011 . Hingga sekarang , Jun 2012, jumlah posting: 77 . 

Saya mulai karier blogging dengan menghantar simple post bertajuk ‘Suria’ , hingga posting yang terakhir setakat ini bertajuk ‘Kisah Teladan:Tiada Buahan dari Pelawat’.

Dah 12 bulan saya menulis dalam blog ini, yang saya beri nama “Mi-Horizon” atau “Ufuk Ku” dalam bahasa Melayu.

Berbanding dengan orang lain , saya boleh dikira sebagai pendatang baru dalam dunia blogging , “a new kid on the block”.Eh….”blog”.

Teknologi -berbekal sebuah komputer dan internet-telah membuka pintu kepada saya untuk menjadi seorang penulis, penulis blog.

Saya tidak pula bermimpi nak jadi sasterawan tersohor . Usman Awang tidak, Pak Samad jauh sekali.

Tujuan 

Mi-horizon atau Ufuk Ku dari segi maknawi membawa hasrat  ‘apa yang dekat di hatiku, apa yang aku nampak , aku tulis’.

Begitulah tulisan-tulisan saya dalam blog ini. Kadang-kadang ide datang secara spontan .

Pada satu ketika saya mengulas buku haji yang ditulis oleh seorang sahabat bernama Abu Hanif. Pada ketika yang lain pula, saya memuatkan resepi makanan kesihatan buatan sendiri di rumah.

Walaupun tajuk-tajuk blog saya mungkin nampak berbeza, tetapi semua penulisan saya mempunyai objektif yang sama.

Iaitu objektifnya  supaya benda-benda yang saya tulis itu boleh memberi  kebaikan dan menafaat kepada pembaca. 

Samada benda tu boleh diamalkan untuk kesihatan tubuh badan, menambah iman atau perkara baru yang boleh membuka minda dan mata hati.

Sudah cukup untuk saya jika si pelayar internet dapat bawa balik satu barang berguna atau satu kebaikan dari blog saya.  Bukankah satu kebaikan bermakna satu pahala.

Tips

Beberapa tips yang saya telah amalkan berkaitan kaedah menulis blog.

Pertama, menulis blog tak sama menulis buku novel . Tulisan blog perlu berbentuk olahan multi-media , seperti mana internet itu sendiri.

Teks perlu diadun dengan foto , grafik dan klip video untuk kesan maksima dan memudahkan pembacaan dan kefahaman.

Kedua, setiap perenggan teks perlu dipendekkan kepada 3 atau 4 baris sahaja untuk lebih berkesan. Font size perlu besar sikit , menggunakan size 12 atau 14.  Siapa larat baca penulisan berperenggan panjang dan tulisan kecil macam semut.

Ketiga, kandungan blog pula perlu di susun supaya post lama dalam archive dan post baru yang duduk di muka depan mudah dicari dan diakses oleh pembaca. Untuk itu site-map yang baik perlu disediakan.

Keempat, pilih blog yang mudah dikendali . Bagi saya pilihan antara blog WordPress dan Blogger, WordPress lebih mudah dikendali.

Kelima, mewujudkan link dengan Facebook dan Tweeter untuk menambah pengunjung. Tidak kurang penting menggunakan ‘Tags’ yang popular.

WordPress menawarkan ratusan template  free of charge . Saya telah pilih template “Coraline” , kerana saya suka temanya bersih dan layout menarik.

Rugi

Kepada pembaca yang belum ada blog sendiri, nasihat saya pergi segera buka blog. Bukan payah , mudah je.

Saya katakan rugi tak ada blog.

 Sebab apa rugi? Kerana  tidakkah Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud  “Sampaikan dariku walaupun satu ayat”.

Tidakkah Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud  “Sampaikan dariku walaupun satu ayat”.

Bagi saya memang rugilah kalau tidak digunakan blog sebagai media untuk menyampaikan risalah dakwah , berbentuk nasihat kearah kebaikan dan mencegah mungkar.

Peluang untuk buat pahala memang terbuka luas. Seolah berniaga multi-level . Kaitkan pula blog anda dengan jaringan sosial seperti Facebook dan Tweet , audience anda terus berlipat ganda dalam sekelip mata.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s