Gallery

Ramadhan:Antara Solat Fardhu dan Sunat Tarawikh

8 hari dalam bulan Ramadhan 1433 H telah berlalu. Maka 8 hari umat Islam di Malaysia berpuasa.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, masjid dan surau dipenuhi oleh umat Islam sehingga melimpah ruah pada waktu malam , untuk solat Isyak dan solat sunat tarawikh.

Namun pada waktu solat fardhu subuh, zohor , asar dan maghrib, keadaan yang sama tidak berlaku. Bilangan jemaah bertambah, tetapi tidak begitu banyak, hanya pertambahan beberapa saf sahaja. 

Fenomena ini telah ditegur oleh seorang ustaz yang menyampaikan tazkirah selepas tarawikh di surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa.

Katanya “Sepatutnya solat berjemaah di masjid untuk solat fardhu diberi penekanan lebih kerana ianya fardhu , dari solat tarawikh  yang bersifat nawafil (sunat) .”

Tambahnya lagi “Rasulullah s.a.w selepas hijrah ke Madinah tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah dimasjid sehingga baginda wafat”.

“Sebaliknya Rasulullah s.a.w menunaikan solat tawarikhnya di rumahnya, kecuali beberapa malam di mana Rasulullah s.a.w  telah bersolat di masjid serta diikuti oleh sahabat-sahabatnya”.

Teguran ustaz tersebut bertujuan menyedarkan jemaah surau supaya memahami konsep keutamaan didalam mengerjakan ibadah. Bukan tujuannya supaya tidak datang tarawikh berjemaah di surau (atau masjid).

Yang fardhu perlu diutamakan atas yang sunat. Tidak boleh yang sunat diutamakan  atas yang fardhu.

Begitulah kesimpulan yang saya dapat dari tazkirah ustaz tersebut.

Sempena Ramadhan yang mulia ini , mari kita menilik beberapa hadis tentang kelebihan mengerjakan solat fardhu berjemaah di masjid.

Di dalam sebuah hadis dimana  Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

“Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda”(Riwayat Bukhari) .

Sebuah lagi hadis daripada Uthman bin Affan r.a, yang mana Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang berwuduk untuk solat, lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia terus berjalan untuk mendirikan solat fardhu.

Lalu dia pun menunaikannya secara berjemaah di masjid nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya” 

(Riwayat Muslim)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s