Gallery

Apabila Sandy Melanda New York

Pada 30 October 2012 New York AS telah dilanda ribut taufan besar yang digelar Superstorm Sandy. Sandy telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang besar.

Dilaporkan 55 nyawa telah terkorban akibat Sandy , manakala kerosakan harta benda dan kerugian bisnes dianggarkan sebanyak $50 billion (usd), kedua termahal dalam sejarah AS di belakang Hurricane Katrina yang melanda New Orleans pada tahun 2005. 

Bagi orang mengikuti perkembangan Sandy di internet , mereka akan dapat melihat kemaraan Sandy secara “real time” melalui gambar “still photo” dan “video clips”.

Saya terpegun dengan gambar-gambar yang poskan di internet sebelum dan selepas kejadian ribut Sandy.

Pengguna-pengguna laman instagram yang menyaksikan kejadian telah banyak menyumbang dengan mengupload berbagai gambar yang menakjubkan.

Akhbar-akhbar luar negara telah menyiarkan banyak gambar-gambar  sekitar peristiwa tersebut secara online .

Di sini saya memetik beberapa gambar yang membayangkan suasana cemas , kemusnahan dan kesengsaraan yang di alami penduduk New York . 

Awan hitam memenuhi angkasa New York sebelum Sandy tiba.

Gambar yang paling dramatik bagi saya ialah gambar awan hitam yang menyelubungi langit New York terapung-apung di atas bangunan-bangunan pencakar langit yang kelihatan begitu kerdil dan rapuh , menunggu masa untuk memuntahkan bebannya. 

Bangunan Empire State pula kelihatan seolah sedang menyucuk awan hitam itu.

Justru kedatangan Sandy diibaratkan oleh setengah pengulas tabloid seperti peristiwa kemusnahan akhir zaman.

Gambar Satelite Ribut Sandy sedang mara

Gambar yang diambil satelite pengesan cuaca melihatkan putaran ribut raksasa selebar  1000 batu merentasi sebahagian besar pantai timur Amerika dari Carolina di selatan ke Maine di utara.

Beberapa hari sebelum Sandy mendarat itu pihak penguasa Amerika telah mengeluarkan amaran awal  kepada penduduk di New York dan di persisiran pantai New Jersey supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan perintah berpindah telah dikeluarkan kepada penduduk yang paling terdedah kepada rempuhan Sandy.

Amaran awal oleh penguasa Amerika telah ternyata dapat mengurangkan kehilangan jiwa tetapi kemusnahan besar harta benda tidak dapat dielakkan .

Ribuan kehilangan tempat tinggal apabila rumah-rumah mereka musnah oleh paluan angin kencang , ombak setinggi 14 kaki dan hujan lebat mencurah-curah yang menyebabkan banjir besar.

Bot-bot mewah yang terikat di jeti , ditolak kedarat sehingga berlonggokan umpama boat-boat mainan .

Bot-bot berlonggokan di daratan setelah dipukul ombak 14 kaki.

Di titik kemuncak sebanyak 8.5 juta rumah di seluruh Amerika terputus  bekalan letrik, dan 10 hari kemudian masih terdapat 750,000 rumah yang masih terputus kebanyakannya di New York dan New Jersey.

Seorang pemuda berselimut kesejukan di tempat perlindungan sementara 

Sistem sub-way keretapi bawah tanah New York yang berumur 108 tahun telah lumpuh sama sekali apabila ditenggelami air.

Footage CCTV: Air Memasuki Sub-way Melalui ‘Elevator Core’ 

Penduduk di Maryland pula dikejutkan peristiwa menaikkan bulu roma ala Halloween apabila beberapa keranda telah terjongkel di atas tanah akibat tekanan air dari bawah tanah.

Keranda terangkat dari kubur di Maryland akibat Sandy

Bencana akibat Sandy di Amerika  telah mengingatkan kita  dengan peristiwa tsunami di Jepun pada March 2011 atau tsunami yang melanda Aceh pada Disember 2004 yang masih segar dalam ingatan.

Sebagai perbandingan, kos kerosakan akibat tsunami di Jepun jauh lebih besar dianggarkan sebanyak $300 billion (usd) . Manakala kematian di Aceh jauh mengatasi yang lain dengan kehilangan 167,000 jiwa dan kos kerosakannya pula jauh lebih rendah dianggarkan sebanyak $4.4 billion (usd).

Ribut Sandy pada asalnya merupakan sebuah ‘cyclone‘ atau siklon apabila ia bermula di Lautan Atlantik, kemudian berubah wajah menjelma sebagai ‘Superstorm’ atau nama jolokan Frankerstorm apabila ia mendarat di persisiran pantai New Jersey.

Perubahan ‘wajah’ dan saiznya yang luar biasa besar beserta kekuatannya yang dahsyat telah mengejutkan pengkaji cuaca sehingga ia diberi nama Frankerstorm sempena nama Frankestein.

Setengah pihak , termasuk Michael Bloomberg Datuk Bandar New York, telah mengaitkan Sandy dengan perubahan cuaca dunia akibat fenomena ‘global warming’ di mana suhu atmosfera dunia meningkat lebih panas.

Manakala setengah pihak yang lain terdiri dari para saintis dan pengkaji pula menyangkal tanggapan tersebut.

Walau bagaimanapun di kacamata orang Barat bukan Islam , bencana seperti  Sandy dianggap sebagai bencana alam atau ‘natural disaster’.

Dalam kata lain mereka menganggap sesuatu bencana hanyalah fenomena alam semula jadi tanpa dikaitkan dengan kekuasaan Allah s.w.t .

Maka di sini seorang Muslim perlu berhati-hati supaya tidak terikut dengan tanggapan yang terpesong dari  akidah sebenar seorang Muslim.

Seorang Muslim hendaklah berakidah bahawa segala sesuatu itu datangnya dari Allah Taala samaada berbentuk nikmat ataupun azab.

Superstorm Sandy mengingatkan saya tentang peristiwa banjir besar di zaman Nabi Nuh. Ia bukan bencana alam.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s