Gallery

Apabila Si Fasik Membawa Berita

Didalam Al Quran dalam Surah Al Hujaraat ayat  6 , Allah Taala telah berfirman kepada orang-orang yang beriman supaya tidak mempercayai berita  dari orang-orang fasiq dan supaya memeriksa kesahihannya berita tersebut terlebih dahulu sebelum bertindak.

“Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasiq membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan”.

 Siapakah orang-orang fasiq?

Orang fasiq adalah orang yang gemar berbuat maksiat, sering melanggar aturan dan perintah Allah.

Orang fasiq juga bererti orang yang keluar dari kebenaran dengan memberi makna mereka yang kufur.

Antara ciri-ciri orang fasik yang disebut di dalam AlQuran (pada surah Al Maidah ayat 47 )  ialah tidak berhukum dengan hukum Allah.

Orang-orang beriman disuruh supaya tidak mengambil bulat-bulat apa yang dibawa oleh orang-orang melainkan diperiksa terlebih dahulu kesahihan berita tersebut.

Dengan mempercayai perkataan orang fasiq tanpa periksa akan menyebabkan tindakan seseorang akan tersasar dari kebenaran, yang akan menyebabkan berlaku fitnah dan kezaliman keatas pihak yang tidak berdosa.

Awas lain kali anda membaca akhbar atau blog di internet, atau memasukkan komen atau mengklik share sesuatu di facebook atau menerima mesej sms.

Pastikan anda jangan mengambil dan menyebarkan berita secara melulu tanpa memeriksa kesahihan dan kebenaranya terlebih dahulu.

Jika tidak, ditakuti anda terjerumus kedalam perbuatan dosa dan maksiat kerana menjadi alat kepada penyebaran berita palsu dan batil dari individu atau golongan fasiq.

Jangan mengklik share di facebook atau forward e-mail atau sms jika anda dapati:

a. Berita datang dari orang yang tidak dikenali atau dari orang yang diketahui umum ahli maksiat dan pembohong.

b. Berita itu mengaibkan maruah individu dan golongan yang dikenali umum baik.

c. Membuat penuduhan tanpa bukti.

d. Berita sensasi di bawa oleh akhbar atau television yang dikenali banyak berbohong.

e. Dari blogger yang cenderung kepada perkara lucah dan maksiat.

g. Kandungan maklumat yang bercanggah dengan Al Quran dan As Sunnah dalam perkara yang dimaklumi dari ajaran Islam .

h. Berita yang memburukkan dan menghina agama Islam dan orang Islam.

i. Berita yang memperlekehkan individu dan golongan yang ikhlas memperjuangkan dan mendaulatkan Islam sebagai Ad Din.

j. Berita yang meninggikan cara hidup orang kafir dan merendahkan cara hidup orang Islam.

h. Berita yang bercanggah dengan akal yang waras .

Yang lain-lain anda tambah sendiri sebagai check list supaya selamat di dunia dan di akhirat.

Advertisements

2 responses to “Apabila Si Fasik Membawa Berita

  1. Saya telah melunsuri alam internet lebih dari 1 jam hari ini,
    namun saya belum terjumpa artikel menarik seperti
    ini. Ia lebih dari sempurna untuk saya puji. Pada pandangan saya, jika
    semua penulis online dan bloggers menghasilkan
    sesuatu yang sebaik ini, pastinya internet menjadi lebih
    bermanfaat dari sebelumnya.. With all respect dari Glepor Author

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s