Gallery

Gaza di Hati Ku

Apa perasaan anda apabila kapal terbang dan helikopter menyerang Ghaza di Palestin ?

Apa perasaan anda melihat kanak-kanak kecil dibunuh dan dicederakan? Badan mereka dirobekkan oleh peluru-peluru Israel.

Anak-anak ku Aisyah Syakirah dan Fatimatul Fadhilah telah meluahkan perasaan mereka dengan cara melukis dan menulis di wall facebook.

Apa yang mereka luahkan walaupun dalam bentuk berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama. Iaitu hati nurani kita bersama dengan umat Islam di bumi Palestin.

Artis grafik Aisyah Syakirah a.k.a Asya  melukis menggunakan Samsung Notenya bertajuk “Our Love Will be Always be With Them”

Our Love Will be Always be With Them

Sebuah lagi lukisan bertajuk “Have You Prayed for Palestine today?”

Have You Prayed for Palestine today

battle is ours

Profil Facebook oleh Asya

Fatimatul Fadhilah a.k.a Kak Lah menulis di Facebook

“Ada manusia yang ‘bijak pandai’ berkata : “Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang tidak bijak. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia”

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud.

Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu.

Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

“Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu”, mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, “Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya.”

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, ‘siramlah walau setitis air’ untuk memadamkan keganasannya.

Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.

Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi.

Manaka Abdullah Thaqif menukar profile facebooknya tanda sokongan kepada Palestin

Profail Facebook sokong Palestin

Setelah mendapat inspirasi dari anak-anak ku, aku pula mencuba nasib jadi artis grafik seperti Asya. Hasil seninya sebuah bendera Palestin berkebar megah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s