Gallery

Khasiat Minyak Zaitun

Minyak zaitun atau  olea europaea adalah sejenis minyak yang diperolehi dari buah zaitun yang diperah.

Buah Zaitun

Buah Zaitun

Pokok zaitun banyak tumbuh di kawasan Mediterranean termasuk Sepanyol, Italy , Greek ,  Turki , Tunisia, Morocco, Algeria, Jordan , Syria , Lebanon dan Palestin .

Di negara asalnya seperti di negara Timur Tengah , minyak zaitun digunakan dalam masakan , dimakan mentah , dipakai sebagai bahan kecantikan dan penjagaan kulit, bahan ubatan dan tidak kurang sebagai bahan bakar untuk lampu minyak traditional.

Kebun Zaitun

Kebun Zaitun

Minyak zaitun mempunyai banyak khasiat dan kelebihan untuk kesihatan manusia.

Di negara dimana penduduknya banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka , didapati mereka kurang  mengadapi penyakit jantung yang dikaitkan dengan pemakanan berlemak.

Di pasaran, minyak zaitun dilabelkan mengikut gred yang ditentukan oleh International Olive Council (IOC), dengan gred tertinggi dan terbaik dipanggil “Extra-virgin olive oil”, kemudian diikuti “Virgin olive oil”, “Pure Olive oil”, “Olive Oil” , dan diikuti “Olive pomace oil , “Lampante oil” dan “Refined olive oil”.

Untuk pemakanan kesihatan minyak zaitun jenis Extra Virgin adalah paling  berkhasiat dan termahal.

Minyak zaitun boleh didapati di pasaraya dengan harga RM 10.00 atau lebih sebotol kecil 250 grem. Minyak zaitun dipaketkan di dalam botol berbagai bentuk. Biasanya lagi cantik botol lagi mahal harganya.

Minyak zaitun dalam botol di dapati di pasaraya

Minyak zaitun dalam botol di dapati di pasaraya

Apakah rahsia kelebihan minyak zaitun?

Mengikut kajian yang dibuat di India, penggunaan minyak zaitun jenis “olive pomace” sebagai minyak masak telah mengurang kadar penyakit jantung, disamping menambah keberkesanan insulin terhadap glukosa dalam badan.

Mengikut kajian itu juga, penggunaan minyak zaitun telah berjaya menurunkan berat badan dan lilitan pinggang di kalangan orang India yang dibuat kajian keatas mereka.

2 Sudu Minyak Zaitun Sehari Meningkatkan Fungsi Pembuluh Darah.

Dengan mengambil sedikit minyak zaitun sekadar 2 sudu minyak setiap hari boleh membantu sel-sel endothelial, yang menyelaputi dinding dalam pembuluh darah, berfungsi dengan lebih baik.

Sel-sel endothelial yang berfungsi dengan baik menghindarkan atheriosclerosis atau pengerasan pembuluh jantung yang membawa kepada penyakit jantung.

Di Amerika , pengeluar minyak zaitun dibenarkan mempamir pada label produk minyak zaitun dengan tuntutan kesihatan yang berbunyi :

“Bukti saintifik terhad dan tidak konklusif menunjuki dengan memakan 2 sudu (23g) minyak zaitun setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronori kerana kandungan lemak ‘monounsaturated’ di dalam minyak zaitun.

Untuk mencapai matlamat ini, minyak zaitun perlu mengganti lemak ‘saturated’ dalam kuantiti yang sama bukan menambah kalori yang dimakan setiap hari “

Minyak Zaitun Boleh Melindungi dari Pelbagai Penyakit Kronik.

Minyak zaitun yang berkualiti mengandungi vitamin terutama vitamin E , bahan nutrisi dan anti-oxidant disebut sebagai berkesan melindungi tubuh dari penyakit cancer dan mengurangkan  risiko serangan strok.

Antara jenis cancer yang disebut dapat dilindungi minyak zaitun ialah cancer payudara dan cancer kolon.

Studi mutakhir juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara berterusan dapat

  • menurunkan tekanan darah
  • menambah keberkesanan insulin terhadap glukosa dalam darah bagi pesakit diabetes
  • membantu penyerapan kalsium dalam badan yang boleh membantu pencegahan penyakit osteoporosis

Amalan Kesihatan

Sebagai amalan  kesihatan , minyak zaitun boleh diambil dengan meminumnya sebanyak dua (2) sudu besar setiap hari.

Disarankan tidak menggunakan minyak zaitun lebih dari 12 bulan selepas ia dibuka dari botolnya. Bahan nutrisi terkandung dalam minyak zaitun akan rosak jika dibiarkan terdedah terlalu lama.

Disamping mengambil minyak zaitun, pengguna hendaklah juga menghindarkan atau mengurangkan makanan mengandungi lemak ‘saturated’ dan hindarkan terus apa saja lemak jenis trans.

Minyak zaitun boleh diambil bersama dengan bahan-bahan kesihatan lain seperti madu lebah dan cuka apple cider.

Seorang ahli keluarga saya yang mengidap sakit lutut akibat gaut telah mendapat penyembuhan dengan meminum 1 sudu besar minyak zaitun extra-virgin,  beserta 1 sudu cuka apple cider dan 1 sudu madu lebah setiap hari.

Dulunya ia terpaksa berjalan bertongkat, sekarang tidak lagi.

Akhir sekali, kelebihan dan keutamaan minyak zaitun sememangnya ternyata kepada seorang Muslim kerana zaitun di sebut di dalam Al Quran di dua tempat, pertama di dalam surah An Noor ayat 35 dan kedua pada permulaan surah At Tin.

Allahu Akbar.

Bacaan selanjutnya

Advertisements

2 responses to “Khasiat Minyak Zaitun

  1. Salam sejahtera.saya nak btanya ,saya pengidap penyakit gout, buah pinggang dan disc tulang belakang .apakah sesuai saya minum minyak zaitun, cuka apple dan jus hidayah sahaja tanpa makan ubat hospital? Minta pandangan doktor.

    • Elok mendapat nasihat doktor untuk penyakit yg puan hadapi dan makan ubat.

      Minyak zaitun dan apple cider, habbatus sauda memberi menafaat menguat sistem pertahanan badan.Minum air secukupnya 2.5 liter sehari atau lebih juga bermenafaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s