Gallery

Air dan Kesihatan: Minum Secukupnya

“Minum air secukupnya”

Tubuh manusia terdiri dari majoriti air. Lebih kurang 60 % hingga 70%  berat badan manusia terdiri dari air.  Oleh itu air merupakan komponen terbesar dan terpenting dalam tubuh manusia.

airAir bukan sekadar menghilangkan kehausan apabila dahaga, malah merupakan komponen utama yang memastikan setiap sistem dalam badan berfungsi.

Antara fungsi utama air ialah
  • menyahkan toksin dari organ-organ penting
  • membawa nutrien dan oksigen dalam darah kepada sel-sel dalam tubuh
  • menghadam makanan dan menghindar sembelit
  • menyediakan persekitaran lembab dan berair pada paru-paru, telinga, hidung dan mulut.
  • menjadi ejen pelembab kulit
  • mengawal suhu badan
  • mengeluarkan sisa dari badan melalui tahi dan air kencing
  • menjadi pelincir dan pelapit untuk sendi-sendi
Pendek kata air adalah segala-segalanya. Air adalah hidup, hidup adalah air.

Kunci kesihatan ialah air.Tanpa air manusia akan mati. Kekurangan air dalam badan walaupun sedikit akan menjejaskan kesihatan dan kecerdasan seseorang.

Kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar sedikit boleh mengakibatkan seseorang jadi tidak bermaya.

Kajian menunjukkan kehilangan air sebanyak 1% dari berat badan akan mengurangkan daya bekerja sebanyak 10%.

Kekurangan air akan menyebabkan sistem dalam badan berfungsi tidak seimbang yang membawa kepada pelbagai penyakit.

Berapa banyak air diperlukan dalam badan manusia?

Keperluan air dalam badan manusia berbeza seorang ke seorang , bergantung kepada faktor kesihatan, tahap kecerdasan dan juga cuaca.

Water and Health

Dianggarkan badan manusia memerlukan sebanyak 3 liter air(13 gelas) dalam sehari untuk lelaki dan 2.2 liter (9 gelas) untuk perempuan.

Oleh kerana makanan pepejal yang diambil juga mengandungi air, kuantiti air sebenar yang perlu diminum kurang sedikit, di anggarkan sebanyak 7 atau 8 gelas sehari.

Cara meminum air untuk kesihatan
  • Sentiasa meminum air sepanjang hari bukan hanya ketika terasa dahaga sahaja.                                                                            
  • Mulakan hari dengan meminum air 2 atau 3 gelas air di awal pagi, kira-kira 1 jam sebelum sarapan pagi.
  • Minum segelas air 1/2 jam sebelum makan tengahari dan malam. Bagi orang ingin menurunkan berat badan tambah lagi segelas jadi 2 gelas.
  • Latih diri meminum air sedikit sahaja ketika makan sekadar tidak tercekik makanan. Kalau boleh langsung tidak minum air sejurus selepas makan.
  • Minum segelas air sebelum mandi.
  • Minum segelas air sebelum tidur.
  • Supaya lebih senang dan menyeronokkan, selang-selikan meminum air kosong dengan air dicampur lemon , madu dan cuka apple cider , atau air dicampur halia dan madu.
  • Hindarkan terus air berkabonat seperti pepsi dan coca cola.
  • Berhenti minum air berkafein seperti kopi dan teh.
  • Hindarkan air mengandungi pewarna dan pemanis.
  • Cukupkan bilangan gelas air 8 gelas atau lebih.

Faedah Minum Air

2 gelas di awal pagi akan menyegarkan organ dan sistem dalaman setelah berihat ketika tidur.

Bagi orang gemuk, minum 2 gelas air sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam berkesan untuk menurunkan berat badan .

Segelas air sebelum mandi boleh membantu menurunkan tekanan darah dan segelas air sebelum tidur baik untuk menghindarkan strok dan serangan jantung.

Kualiti air 

Air yang diminum hendaklah yang berkualiti, air bersih seperti air bertapis (filtered water) dan air mineral semula jadi. Terlebih tinggi kualiti air adalah terlebih baik.

Air dari sumber paip air awam mengandungi klorin dan florida yang tidak baik untuk kesihatan, perlu dielakkan.

Dengan meminum air yang cukup beserta dengan cara pengambilan yang betul, kesihatan badan seseorang akan sentiasa terjaga dengan izin Allah.

Seterusnya badan menjadi cergas dan sehat tanpa berbelanja besar membeli ubat-ubatan.
Benarkah minum air menurunkan berat badan ?
Ini kata mereka:
Researchers estimate that over the course of a year, a person who increases his water consumption by 1.5 liters a day would burn an extra 17,400 calories, for a weight loss of approximately five pounds.
They note that up to 40% of the increase in calorie burning is caused by the body’s attempt to heat the ingested water.
Report in  The Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism.
Bacaan menarik:
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s