Gallery

Air dan Kesihatan: Awak Bukan Sakit Tapi Kehausan

“Air Kunci Kesihatan”

“Awak bukan sakit;
Awak kehausan.
Jangan ubati kehausan dengan medikasi”
-Dr. F. Batmanghelidj

Kunci kesihatan ialah air. Tanpa air manusia akan mati. 
Kekurangan air dalam badan walaupun sedikit akan menjejaskan kesihatan dan kecerdasan seseorang.
Penulis

Kunci kesihatan seseorang ialah dengan mengekalkan kandungan air dalam badan di tahap optima.

Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan sistem dalaman badan tidak berfungsi dengan seimbang yang membawa kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik. 

Antara fungsi dalaman terpenting ialah proses regenarasi.

Proses Regerasi

Tubuh manusia diberi kemampuan oleh Allah Taala untuk membaik pulih dirinya sendiri melalui proses regenerasi.

Sel-sel dalam badan manusia bertukar ganti. Sel lama mati kemudian diganti semula dengan sel baru dalam satu kitaran , ada yang pendek dan ada yang panjang.

Sebagai contoh, sel-sel di lapisan perut bertukar ganti dalam masa 5 hari. Manakala sel-sel kulit bertukar dalam 30 hari.

Hati (liver)  , dalam kes  ‘liver transplant’, tumbuh dari 50% ke 100% dalam masa 6 hingga 8 minggu.

Tulang temulang manusia yang keras itu pun melalui proses regenarasi dalam masa 10 tahun.

Begitulah keajaiban tubuh manusia membaiki dan memperbarui dirinya sendiri.

Subhanallah. Mashaallah.

Peranan Air

Proses regenerasi  memerlukan air sebanyak-banyaknya supaya setiap sel, setiap organ dalaman, setiap sendi dalam tubuh manusia dapat bekalan nutrien , bekalan oksigen dan biokimia secukupnya.

Dalam masa yang sama, air menyalurkan keluar bahan buangan dan bahan toksik dari sel-sel dan organ dalaman.

Dehidrasi perlu dihindarkan kerana kekurangan air akan menggugat dan membantut proses regenerasi ini sehingga tubuh menjadi lemah dan berpenyakit.

Kesan Dehidrasi

Hari ini ramai dari kalangan kita tidak menyedari dirinya kekurangan air.

Dalam keadaan biasa, bagi orang muda dan sihat terutamanya, tubuh akan memberi signal bila air dalam badan berkurangan, melalui deria rasa dahaga. Mudahnya kering tekak, tanda kurang air.

Lain pula halnya bagi orang tua dan orang sakit.

Orang tua yang berumur empat puluh tahun keatas atau yang mempunyai penyakit, akan mengalami keadaan di mana ia tidak rasa dahaga walaupun air dalam badan telah kering.

Ini kerana fungsi derianya tidak lagi berfungsi dengan baik.

Punca Penyakit

sickpersonMengikut  Dr. F. Batmanghelidj penulis buku “Your Body’s Many Cries for Water“,  dehidrasi adalah antara punca utama timbulnya penyakit degenaratif  seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, , osteoporosis (tulang rapuh), osteoarthritis (sakit sendi),  sakit jantung dan sebagainya.

Kata-katanya yang terkenal berbunyi  “Awak bukan sakit, awak kehausan. Jangan ubati kehausan dengan medikasi”.

Water Cure

Semenjak terbitnya buku “Your Body’s Many Cries for Water” pada tahun 1992, kaedah penyembuhan dengan meminum air atau water cure menjadi popular dan mula diterima ramai.

Kerana rawatan moden tidak menyembuh penyakit, ia hanya sekadar menghilangkan gejala ( symptom).

Penggunaan pelbagai jenis dadah sebagai ubat bukan sahaja mahal tetapi memberi kesan sampingan buruk terhadap pesakit. Sering ubat dadah membawa kematian.

Rawatan kesihatan (health care) di lihat ramai sebagai industri monopoli oleh syarikat gergasi pharmaceutical dunia antaranya Johnson&Johnson, Roche dan Pfizer. Siapa punya syarikat-syarikat ni?

Sebaliknya water cure begitu mudah dan murah.

Dr F. Batmanghelidj mengatakan penyakit degenaratif dan penyakit lain adalah manifestasi gejala dehidrasi.

Oleh itu untuk penyembuhan pelbagai penyakit, cara termudah ialah dengan meminum sebanyak mungkin air bersih yang dicampur sedikit garam kasar.

Kuantiti air untuk diminum mengikut formula mudah: Separuh berat badan (pound,Ib) x 1 oz air.

Contoh perkiraan:Berat badan 128 Ib, kuantiti air 128/2=64 oz. Segelas air 8 oz. Bilangan gelas air : 64/8=8 gelas.

Nisbah unit: 1 kg=2.2 Ib ; 16 oz=1 Ib ; 8 oz air=230 g =230 ml air

Apabila anda rasa lemah , tidak bermaya, sakit-sakit , ubatnya simple. Minum air .

Water cure  bukan sekadar menghilangkan dahaga, lebih dari itu ia merupakan “diet for life”, gaya hidup sihat .

Amalan water cure begitu mudah untuk menghindarkan penyakit sebelum berlaku dan juga sebagai penyembuhan.

Setelah jelas kebaikannya , anda boleh terus menikmati kesihatan unggul dengan berterusan meminum air.

Susah sangat ke?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s