Gallery

Multi Vitamin Tumbuh Atas Pokok Moringa

“Moringa-Pokok Ajaib”

Ingat nama ini, jangan lupa. Moringa. Pokok Moringa.

Namanya seperti nama India. Moringa. Ini adalah nama sejenis pokok yang pernah di beri gelaran “Plant of the Year” Hari Bumi 2008 . 

Ia berasal dari benua India, dan kini didapati tumbuh di banyak negara beriklim panas di benua Afrika, Amerika dan Asia , termasuk di tanah air kita sendiri Malaysia.

Dikalangan orang India, pokok ini memang terkenal sebagai remedi menyembuh pelbagai penyakit dan juga bahan pelbagai jenis masakan dan perencah. Di Malaysia pokok Moringa banyak kelihatan ditanam di halaman rumah orang keturunan India .

Bagaimanapun ia agak asing dan kurang terkenal di kalangan orang Melayu.

Walaupun begitu,  di kalangan orang Kelantan dan Terengganu ia agak dikenali. Dipanggil pokok Gamungga.

Orang utara Semenanjung panggil Mongai.

Orang Kelantan dan Terengganu mengenali pokok ini kerana daunnya dan buahnya dimakan untuk kesihatan badan.

Buahnya dicampur dalam  masakan sayur goreng dan sayur lemak .  Daunnya pula biasanya digoreng bersama bawang dalam telur goreng dardar.

Di Indonesia ia digelar Kelor. Daun dan buah dijadikan ulam dan dimasak dalam sup sayur.

Selain dimakan, daunnya dijadikan alat dalam kaedah mengeluarkan susuk dari tubuh manusia dan untuk menghalau jin oleh orang Indonesia.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Nama gelarannya “Tree of life” , “Miracle Tree”, “Mother’s Best Friend”.

Saya sendiri tidak pernah dengar tentang pokok Moringa sebelum ini.

Kira-kira 3 minggu lepas, ketika saya mencari bahan di internet untuk penulisan blog saya berkaitan air dan kesihatan , saya terjumpa dan tertarik dengan sebuah web-site  mengiklankan makanan kesihatan “super food” dibuat dari serbuk campuran moringa, spirulina, acai, chlorella, koko,  wheat-grass , maca dan camu-camu.

Disebut disitu pengenalan tentang moringa sebagai:(terjemahan)

Moringa ialah sejenis pokok tumbuh secara asli di India dan Afrika Utara, kini ditanam di Amerika Tengah dan Selatan, Sri Lanka, Malaysia dan Filipina. Daun spesis moringa oleifera ini telah dikenali kebelakangan ini tersangat baik untuk kesihatan  manusia

Rupa-rupanya pokok ini ada di Malaysia. Cuma kurang dikenali ramai.

Apabila disebut moringa bersekali dengan spirulina, acai , koko , wheatgrass yang  memang terkenal itu, menunjukkan moringa ini mempunyai kehebatan .

Ia menjadikan saya lebih tertarik untuk mengenali moringa. Kalau boleh tanam saja pokok moringa ini , kan senang. Kerana  semua orang tahu bahawa spirulina dan acai sangat mahal harganya , dan payah didapati kerana diimpot masuk dari luar negara.

Mengenali pokok Moringa

Pokok Moringa sangat mudah didapati di Malaysia. Daunnya hijau bulat halus seperti daun pokok raintree yang ditanam merata-rata di tepi jalan.

Buahnya seperti kacang panjang tetapi jauh lebih panjang dan besar. Bunganya halus berwarna putih kekuningan. Dahannya banyak dan tumbuh secara berselerak tidak terurus.

Bunga dan daun moringa

Bunga ,daun dan buah moringa

Buah (kacang) Moringa

Buah (kacang) Moringa

Menanamnya pun sangat mudah, samada dengan cara menanam dari biji benih atau mencucuk dahan yang dipotong di dalam lobang tanah.

Pokok ini tumbuh dengan cepat sehingga 10 kaki tinggi dalam masa  7-8 bulan sahaja. Ia tidak perlu penjagaan rapi, dan boleh tumbuh di mana-mana walaupun ditanah dianggap kurang baik untuk tanaman lain.

Dahan Moringa Berselerak

Dahan Moringa Berselerak

Superfood

Pokok Moringa bukan pokok sebarangan. Daun dan buah moringa ialah sumber makanan lengkap yang tersangat hebat dan menakjubkan.

Moringa di kategorikan sebagai “superfood”. 

Daun dan buahnya mempunyai protein, segala macam vitamin, zat galian, amino acid dan antioxidant yang mengatasi sumber makanan yang lain.

Daun moringa sangat kaya dengan antioxidant dan menjadi raja segala sumber antioxidant , lebih hebat dari ‘beri acai’ dan teh hijau .

Peranan antioxidant dalam tubuh manusia ialah  sebagai pertahanan dan pencegahan dari penyakit barah dan penyakit yang merosakkan sel-sel dalam badan.

Disamping itu moringa memiliki lebih 90 jenis nutrien seperti vitamin, protin, asid amino, zat galian besi, calcium dan potasium.

Kehebatan moringa diiktiraf oleh W.H.O apabila badan dunia itu mengambil moringa sebagai bahan pemakanan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masaalah “malnutrition” atau kurang zat pemakanan di beberapa buah negara di Afrika.

Menanam moringa

Moringa memang hebat. Pokok no 1 di dunia.

Ia boleh ditanam di tepi jalan dan longkang, depan rumah dan  di sekitar taman perumahan. Tanah terbiar boleh dimenafaatkan dengan ditanam dengan moringa.

Langkah sebegini sangat bijak kerana menanam pokok moringa terlalu mudah, dan ia akan tumbuh sendiri tanpa perlu banyak jagaan dan membaja.

Dengan manfaat yang ada pada moringa , menanam sebatang pokok moringa seumpama menanam multi-vitamin atas pokok. Bila perlu vitamin pergi ambil daun terus dari pokok.Simple.Ekonomi.Tak payah lagi ke farmasi.

Cara Mengambil Moringa

Cara Pertama

Cara pertama yang paling mudah ialah memetik daun-daun dan buah, dimakan mentah , atau dimasak mentah dengan banyak cara masakan dan pelbagai resipi.

Daun dan buah dipotong-potong dijadikan salad atau “spread”.

Daun boleh dimasukkan dalam masakan ikan, daging dan ayam .Ia boleh ditambah kedalam nasi goreng, sup, sambal belacan dan cokodok . Anda hanya perlu imaginasi untuk melakukannya.

Cuma ingat supaya daun tidak dimasak terlalu lama. Cara terbaik ialah hanya masukkan daun ke dalam masakan dihujung waktu memasak supaya nutrien tidak rosak oleh panas api atau air mendidih.

Sebahagian dari vitamin terutama vitamin C mungkin rosak bila terdedah kepada kepanasan melebihi 140 darjah F atau 60 darjah C.

Cara Kedua

Cara kedua untuk menyediakan moringa ialah dengan mengeringkan daun di bawah bangsal dan tidak terdedah kepada kepanasan terik matahari.

Letak daun-daun bersama ranting diatas para dan ditutup dengan netting di atas (sebagai langkah menjaga kebersihan). Biarkan dalam masa beberapa hari sehingga daun-daun jadi kering. Daun-daun akan luruh sendiri dari ranting, dan seterusnya ranting-ranting dibuang.

Masukkan daun-daun kering ke dalam “mill” atau “blender kering” supaya daun dipotong halus menjadi serbuk teh dan disimpan dalam bekas kering dalam rumah.

Gunakan serbuk kering dengan memasukkan ke dalam masakan seperti cara pertama diatas.

Cara Ketiga-Buat Teh Moringa

Cara terakhir iaitu membuat teh moringa adalah  bagi saya paling best.

Masukkan 1 sudu teh serbuk kering ke dalam unchang teh (dibuat dari kain nipis) dan letak uncang di dalam air panas di dalam cawan. Biarkan selama 5 minit.

Setelah itu keluarkan uncang dari cawan. Warna air bertukar kemerahan seakan air teh. Tambah sesudu madu lebah ke dalam air teh yang tersedia, ummmph lazat sekali.

Tiada yang lebis lazat dari teh moringa-penulis

Secawan Teh Moringga dan roti kering......ummmp

Secawan Teh Moringa dan roti kering……ummmp

Mulai hari anda dengan secawan dua teh moringga.

Manfaat moringa banyak sekali. Paling utama ialah pengambilan moringa akan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental seseorang.

Tanam pokok moringa hari ini. Anda tentu seorang yang bijak.

 

 

Advertisements

14 responses to “Multi Vitamin Tumbuh Atas Pokok Moringa

  1. salam encik…boleh saya tahu kat mana kat malaysia ni tanam moringa?
    saya nak buat research kalau encik tak keberatan utk berkongsi info.

    • Kalau perhati di tepi tepi jalan banyak terdapat pokok moringga. cuba cam pokok melalui daun dan buahnya.Kalau tuan datang ke kawasan Hulu Kelang , boleh saya tunjukkan pokok pokok moringga depan rumah orang dalam taman

  2. Di mana boleh saya dapatkan pokok moringa di malaysia ?

  3. Kawasan pokok bakau or tepi2 sungi ke apa pokok ni tumbuh ?

  4. assalamualaikum. saya mencari pokok ni utk dibuat kajian. harap boleh bantu saya kat mana saya boleh dptkan pokok ni.. terima kasih.

  5. boleh saya tahu di mana boleh dptkan benih pokok ini?

    • Untuk tanam tak payah benih. Potong dahan pokok mongga sepanjang 4′, terus cucuk dalam tanah berbaja di kawasan terdedah matahari. Insyaallah tumbuhlah ia.

  6. Salam.
    Saya & keluarga mengamalkan makan daun munggai ni dlm bentuk serbuk dalam kapsul. Saya juga turut menjual homemade kapsul ini dgn harapan dapat berkongsi khasiat munggai ini dengan pengamal & sesiapa yg berminat pd harga yang amat berpatutan i.e. RM40. Boleh lihat iklan saya di http://www.mudah.my/Kapsul+Moringa-51768280.htm

  7. Saya jual serbuk daun kelor atau moringa 200gram rm150 .asli moringa whatsapp 0148232370

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s