Gallery

PRU 13: Perfect Storm

1 Mei 2013

Rakyat akan turun mengundi PRU 13 pada 5 Mei 2013, hanya 4 hari sahaja lagi .  

Laungan “Ini kalilah ” telah bergema dari Sabah hingga ke Putrajaya.

Bolehkah Pakatan Rakyat (PR)  menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada kali ini.

Perfect Storm

perfect-storm‘Perfect storm’ telah menjadi ungkapan popular memberi makna pertemuan unsur-unsur yang memperburukkan keadaan secara drastik. 

Maka saya melihat kapal di dalam gambar di atas ialah Barisan Nasional yang hampir karam.

Ombak gergasi, tiupan angin ganas, cuaca gelap dan kilat sabung-menyabung adalah perfect storm yang akan menenggelamkan kapal BN.

Menjelang PRU 13 ini “perfect storm” sedang terbina yang bakal  menenggelamkan BN :

1. Rakyat dari segenap lapisan telah berani keluar memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Mereka tidak lagi bersembunyi ketakutan atau dihantui kebimbangan di negeri-negeri “safe deposit” BN.

Big Turnout d seremban

Kelibat Rakyat di Seremban Negeri Sembilan
30 April 2013

2. Ulama selebriti Ustaz Azhar Idrus (UAI ) pergi ke Putrajaya dan meletakkan mantan PM Tun Mahathir dibawah bayangannya.

Ceramah UAI di Presint 19  27 April 2013

Ribuan Manusia di Ceramah UAI di Presint 19
27 April 2013

3. Pelajar-pelajar mengaji di luar negara pulang menggunakan wang sendiri untuk mengundi Pakatan Rakyat.

MahasiswaPulang

Pelajar-pelajar di Jordan 

AkimnAtirah

Pelajar suami isteri dari Mansourah Mesir

4. Bekas pegawai tinggi berprofil tinggi menyokong dan bergabung dalam Pakatan Rakyat .Di antara mereka Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara yang bersetuju dilantik sebagai Penasihat MajlisKeselamatan Pakatan Rakyat.

Tan Sri Musa Hasan

 5. Kaum Cina tidak lagi takut untuk menyokong PAS.

Pengundi cina sedang mengecat warna putih di buah mangga di luar rumahnya menandakan sokongan pada PAS di Kepala Batas

Pengundi cina sedang mengecat warna putih di buah mangga di luar rumahnya menandakan sokongan pada PAS di Kepala Batas

6. Media di Internet dimenafaatkan sepenuhnya oleh rakyat untuk menyampaikan mesej penuh dengan kreativiti untuk menyaingi media resmi yang dikuasai oleh BN.

7. Penganalisa politik terkenal Prof.Agus Yusof dari UKM telah dipetik berkata “BN akan tumbang kali ini..”

Agus

 “Ini Kalilah..” kalau tidak bila lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s