Gallery

Malu tak bertempat

Banyak soalan boleh terjawab dengan malu. Bukan malu tersipu-pilu seperti anak dara.Bukan itu.

Ini malu sejati yang sebahagian dari iman. Malu yang bertempat.

Banyak malu yang tidak bertempat. Ibarat pepatah Melayu “Malu bertanya sesat jalan”.

Malu atau حياء (Hayaa’) dalam bahasa Arab adalah malu yang bertempat.

Sabda Rasulullah s.a.w berkenaan malu

“Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim No.50)

“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”(HR. Ibnu Majah)

“Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” – (Shahih Muslim No.53)

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” – (HR Bukhari)

Pendeknya erti malu ialah malu dari engkar kepada perintah Allah, malu dari melakukan maksiat , malu dari perbuatan dan tabiat buruk , malu berakhlak jahat dan malu ke tempat maksiat dan tidak senonoh.

Malu seperti inilah malu yang dibawa oleh para nabi.

Mempunyai sifat malu bukan tertentu kepada kaum perempuan sahaja, mempunyai sifat malu perlu ada pada setiap muslim dan muslimah.

Persoalan banyak timbul kenapa belaku kepincangan dalam masyarakat Islam.

Kenapa pendedahan aurat perempuan Islam berleluasa?

Kenapa muslimah bertudung tapi memakai seluar ketat?

Tak ada malu beginilah

Tak ada malu beginilah jadinya

 

Kenapa di majlis perkahwinan dimana berlaku nyanyi-nyanyian, penuh pembaziran , pengantin perempuan tidak menutup aurat , kemudian tanpa segan dan silu si bapa berdoa memohon keberkatan dari Allah untuk mempelai hingga ke anak cucu?

Kenapa anak-anak muda Islam tidak segan dan silu dari berdate, berdua-duaan, ke pesta-pesta hiburan maksiat dan merempit?

Kenapa banyak bayi dicampak ke dalam tong sampah?

Kenapa orang Islam sanggup menipu, rasuah , berakhlak buruk ?

Kenapa pemimpin negara umat Islam menganggap kekuasaan sebagai lesen untuk merperkayakan diri, keluarga dan kaum kerabat?

Banyak soalan ini tak mampu kita jawab. Malah lebih banyak soalan dari jawapan.

Melainkan kita merujuk kepada hadis Nabi s.a.w di atas? “Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”

Letakkan malu di depan insyaalah kita selamat.

Advertisements

3 responses to “Malu tak bertempat

  1. A. Minta tuan memperbetulkan perkataan-perkataan yang telah tersalah taip seperti di bawah;
    1. berdua-duan
    2. kekuasan

    B. Sebenarnya ramai yang malu kepada manusia berbanding malu kepada Allah swt.

  2. Reblogged this on mi horizon and commented:

    Bila tidak ada lagi sifat malu, semua boleh terjadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s