Gallery

Catitan Ramadhan: Jangan Makan Berlebihan

26 Syaaban 1434 H.

Ramadhan akan muncul kembali, dalam beberapa hari lagi. Berita gembira untuk orang beriman.

Berita buruk pula, kolesterol dan gula datang balik bersekali.

Di sebalik keistimewaan bulan Ramadhan , terdapat pula  amalan buruk berkaitan makan dan minum .

Disebut sebagai satu fenomina yang berlaku di kalangan umat Islam di bulan Ramadhan ialah mereka berpuasa pada siang hari , tetapi  hilang kawalan diri ketika berbuka (iftar) dengan gelojoh makan sehingga buncit perut dan sesak nafas.

Seolah-olah mengqada apa tak boleh makan pada siangnya.

Disamping itu berlaku pula pembaziran kerana makanan yang disediakan terlampau banyak dan beranika jenis , nasi dan berbagai jenis lauk dan kuih-muih  sehingga tak habis makan , maklum saja semua nampak sedap bila pusing bazar Ramadhan.

Ditambah lagi makanan yang dihidangkan itu pula sarat dengan lemak , kolestrol dan gula sebagai biasa juadah Ramadhan masakan tradisional Melayu

Makan berlebihan di bulan Ramadhan boleh menjadi masaalah kesihatan jika tidak kawal dan diberi perhatian.

“Lebih ramai orang mengidap masaalah kesihatan di bulan Ramadhan dari bulan-bulan lain kerana berlebihan makan.

Orang-orang yang berpenyakit jantung, darah tinggi dan diabetes boleh terus jatuh dan mati kerana berlebih makan” kata seorang doktor , berkaitan isu makan berlebihan di bulan Ramadhan.

Seorang sahabat saya telah memberi nasihat “Untuk mencapai kesempurnaan berpuasa di bulan Ramadhan, kita hendaklah memberi perhatian supaya tidak membazir, kerana membazir itu haram .

Dan kurangkan makan ketika iftar dan sahur, supaya dapat berjimat-cermat dan gunakan duitkan extra itu untuk bersedekah”.

Saya sangat bersetuju dengan nasihat itu dan ingin menambah . Alangkah baiknya kalau kita boleh jaga kualiti makanan dengan mengelak jenis masakan berlemak , berkolestrol tinggi dan manis.

Minuman berkabonat mengandungi kandungan gula tinggi

Minuman berkabonat sarat dengan gula

Banyakkan makan buah-buahan , dan banyakkan minum air kosong , elakkan minuman berkabonat, dan juga berkafein  seperti kopi .

Beberapa tips mudah untuk mengawal pembaziran dan kegelojohan nafsu makan ketika iftar dan sahur

1. Niat makan kerana Allah bukan kerana nak qadha makan.

2. Jangan beli  makanan siap di bazar Ramadhan. Masak sendiri di rumah .

3. Pilih jenis masakan paling simple . Tak payah ada kuih-muih, tukar dengan buahan tempatan atau cukup dengan beberapa biji buah tamar.

Buah-buahan untuk berbuka

Buah-buahan untuk berbuka

4. Kurangkan kuantiti makanan dari biasa.

5. Bagi orang banyak duit tak usah berbuka di hotel. Pembaziran namanya tu. Gunakan duit untuk bersedekah.

Boleh tambah pahala.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s