Gallery

Catitan Ramadhan: Up the Ante

Di antara 10 malam terakhir Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan beribadah didalamnya tanpa henti iaitu Lailatul Qadr.

Seribu bulan bersamaan 83 tahun 4 bulan. Tak ada orang yang boleh beribadah tanpa henti selama itu kerana umat Muhammad s.a.w diberi umur yang pendek berbanding umat terdahulu.

Ditambah lagi banyak umur kita terbuang di tempat lain.

Di mana perginya umur kita ?

Perkiraan mudah

A. Ambil purata umur manusia di akhir zaman 60 tahun atau 720 bulan.

B. Tolak umur dewasa (mukhallaf) 15 tahun bersamaan 180 bulan.

C. Tolak tidur 8 jam sehari bersamaan 240 bulan.

D. Tolak jam bekerja 8 jam sehari cari makan dari umur 21 (lepasan diploma) ke umur 55 (umur pencen) bersamaan 136 bulan.

E. Menghabiskan masa tengok tv , berbual kosong, tengok bola, baca Berita Hairan, buka facebook, melayari internet dan eksesais selama 2 jam sehari (estimet konsevatif) selama 40 tahun bersamaan 40 bulan.

A-B-C-D-E =720-180-240-136-40=124 bulan .

Sikit benar tinggal. Belum kira lagi waktu makan, waktu sakit , memang sikit sangat jumlah bulan dari umur yang tinggal. Dari yang sedikit, berapa banyak pula digunakan untuk ibadah.

Maka benarlah firman Allah Taala

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian , kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh………( surah Al Asr).

Tetapi Allah yang bersifat Al Rahman dan Al Rahim sentiasa membuka peluang kepada orang-orang beriman untuk “catch up” balik masa yang telah hilang dengan satu malam yang diberkati, iaitulah Lailatul Qadr . Maka carilah malam yang berkat itu.

Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan

Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan

Tambah lagi , Allah Taala menjanjikan pengampunan dosa-dosa hambaNya yang telah lalu, melalui sabda Rasulullah s.a.w

“Barang siapa mendirikan malam Lailatul Qadr kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” ( riwayat Bukhari dan Muslim, muttafaq alaih).

Allahu Akbar.

Untuk mendapatkan Lalilatul Qadr memerlukan usaha-usaha bersungguh-sungguh .

Perlu “up the ante” kata orang Jawa.

Up the Ante

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan bagaimana hendak “up the ante”.

Caranya ialah Rasulullah s.a.w telah melakukan i’tikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan , dari malam 21 Ramadhan hingga terbenam matahari , hari terakhir Ramadhan, tanpa putus.

Dari Aishah r.a :

“Sesungguhnya Nabi s.a.w i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat. Kemudian para isteri beliau meneruskan i’tikaf seperti itu sesudah beliau wafat (HR Muslim).

Untuk mendapatkan Lailatul Qadr dengan segala kelebihannya, marilah kita sama-sama “up the ante” seperti mana ditunjuki oleh Rasulullah s.a.w, dengan meninggalkan kesibukan dunia, untuk pergi beri’tikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan.

2013-07-28 18.39.04Anggap ini kali terakhir kita berjumpa Ramadhan. Tahun depan belum tahu.

Tunggu apa lagi. Isikan borang cuti tu cepat!

Amalan I’tikaf di bulan Ramadhan-Sunnah Nabi yang dilupai

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s