Gallery

Jantung Sihat: Sebiji Epal dan 2000 langkah

Berita gembira untuk orang berumur 50 ke atas.

Studi mutakhir yang dibuat oleh para saintis di United Kingdom  , menunjukkan risiko berlaku ‘heart attack’ dan ‘stroke’ dapat diturunkan tanpa statin , dengan menukar ‘life style’ seseorang.

Statin ialah ubat preskripsi untuk menurunkan paras cholestrol dan  menurunkan kadar risiko ‘heart attack’. Di sebalik menafaatnya , statin mempunyai kesan sampingan seperti penyakit bersangkutan otot-otot dan diabetes.

‘Lifestyle’ yang dimaksudkan ialah dalam dua bentuk iaitu:

  1. menambah buah-buahan seperti epal dalam diet .
  2. menambah aktiviti berjalan kaki .

Memakan Epal Sebiji Sehari 

Mengikut pengkaji di Oxford University , dengan memakan sebiji epal sehari mempunyai kesan yang sama seperti mengambil sebiji statin . Mereka menganggarkan risiko ‘heart attack’ dapat diturunkan sebanyak 12%.

Mereka menyebut menafaat kepada kesihatan seperti peribahasa Inggeris

“An apple a day keeps the doctor away”.

Dengan menambah kandungan buah-buahan dan juga sayuran dalam diet jelas memberi kesan positif ke arah menjaga kesihatan jantung.

Berjalan kaki 2000 Langkah Sehari

brisk walkingBerjalan kaki 2000 langkah setara berjalan selama 20 minit  pada kecepatan sederhana boleh menurunkankan risiko ‘heart attack’ sebanyak 8%. 

Perkiraan di atas diperolehi dari sebuah studi di Lancet Medical Journal.
Studi tersebut menunjukkan berjalan kaki mempunyai impak yang baik  terhadap kesihatan jantung orang yang berumur 50 keatas dan lebih-lebih lagi kepada yang menghidapi penyakit diabetes.

Studi yang sama mengesyorkan supaya berjalan kaki selama 40 minit dijadikan amalan harian , atau 150 minit mingguan sebagai langkah menyihatkan jantung serta menurunkan risiko ‘heart attack’ dan ‘stroke’.

Kalau berjalan kaki 40 minit sehari dianggap berat, cuba pecahkan kepada dua atau tiga sesi kecil. Berjalan ke masjid untuk solat jemaah 5 waktu juga dikira.

 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s