Gallery

Taqwa Berada di Hati

Taqwa berada di dalam hati

Taqwa sebenar berada dalam hati seseorang kerana Allah Ta’ala berfirman

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

“Demikianlah (perintah Allah), dan barangsiapa yang mengagungkan syi’ar-syi’ar (perintah dan larangan) Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan (dalam) hati.” (Qs. al-Hajj: 32)

taqwaTakwa sebenar adalah amalan hati dan bukan sekadar amalan zahir sahaja.

Takwa sebenar yang berada dalam hati akan mendorong seseorang mematuhi segala suruhan dan menjauhi larangan Allah dengan penuh keimanan, harapan dan kerelaan.

Takwa dalam hati dan amalan zahir pastinya berjalan selari.

Amal soleh, akhlak mulia dan sikap terpuji semuanya adalah natijah dari taqwa dalam hati.

Contoh Taqwa Sebenar 

Antara contoh taqwa sebenar ialah seseorang yang tidak melakukan sebarang kejahatan atau maksiat walaupun di tempat tersembunyi;

seseorang mengawal marah dan berlaku adil terhadap orang yang dibenci walaupun dia mampu bertindak terhadap orang yang dibenci itu;

seseorang bersedekah secara sembunyi dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Moga-moga ibadat puasa Ramadhan kali ini menjurus kita untuk mendapat taqwa yang sebenar.

Wallahu a’lam.  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s