Gallery

Kisah Teladan Taqwa

Ibu dan anak gadis penjual susu

Peristiwa ini berlaku di zaman Umar al Khattab r.a menjadi Khalifah , digelar Amirul Mukminin.

Pada suatu malam Amirul Mukminin Umar r.a mendengar perbualan antara seorang ibu penjual susu dengan anak gadisnya.

Si ibu mahu mencampur air ke dalam susu supaya memperolehi keuntungan lebih menjual susu.

Perbuatan itu ditegur oleh anak gadisnya supaya tidak berbuat demikian , lalu ibu itu berkata kepada anaknya, “Tidak mengapa kerana tidak ada orang nampak. Umar pun tak nampak perbuatan kita ini”.

Si anak gadis yang bertaqwa menjawab, “Walaupun Umar tidak nampak, tetapi Tuhan Umar nampak”.

Umar r.a dan Hamba Pengembala Kambing

Diceritakan oleh Abdullah bin Dinar. Dalam satu perjalanan mereka telah kehabisan makanan, lalu bertemu seorang hamba lelaki pengembala kambing.

Umar meminta kepada pemuda itu supaya menjualkan seekor kambing dari kambing-kambing bawah jagaannya.

Lalu pemuda itu memberitahu  dia tidak berhak menjual kambing tersebut kerana ia hanya seorang pemelihara kambing, dan kambing itu milik tuannya.

Umar r.a mengujinya dengan berkata:“Kamu beritahulah tuan mu kambing kamu telah di makan serigala”.

Apakah jawapan pemuda itu?

Jawab pemuda itu kepada Umar:“Allah melihat perbuatan ku”.

Jawapan pemuda itu membuat Umar r.a menangis.

Kisah benar seorang Badwi serupa cerita Umar dan pengembala kambing di Youtube, saksikan:

Wallahu a’lam.  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s