Gallery

Taqwa dan Ayat 1000 Dinar

Allah Taala berfirman:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Dan sesiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya

(At-Talaq:sebahagian ayat 2-3)

Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan,

“Makna (ayat di atas), barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya, niscaya Allah akan memberinya jalan keluar (dari setiap kesulitan) serta rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam benaknya.

Mafhum dari ayat Al Quran Surah At Talaq 2 dan 3 (atau dikenali sebagai ayat 1000 dinar) di atas menunjukkan orang yang bertaqwa akan dikurniakan Allah dua perkara:

a. Jalan keluar dari setiap kesusahan

b. Rezki yang tidak disangka-sangka dari mana datangnya

Beramal dengan ayat 1000 dinar bermaksud supaya seorang itu bertaqwa kepada Allah terlebih dahulu.

Dengan sifat taqwa itu , Allah akan menurunkan rezki kepadanya, bukan dengan menampal ayat-ayat 1000 dinar di dinding premis perniagaan untuk melariskan perniagaan , seperti amalan sesetengah orang.

Wallahu a’lam.  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s