Gallery

Dahan Yang Rapuh

Aku telah bertanya sahabatku Ustaz Hassan yang berada di alam maya, beberapa soalan relevan tentang ukhuwah Islamiah atau persaudaraan dalam Islam dan permasalahannya.

Aku bertanya, Ustaz Hassan menjawab.

Soalan: Bagaimana keadaan ukhuwah di kalangan umat Islam di negara kita hari ini.

Ustaz Hassan: Tersangat lemah bak dahan rapuh

Soalan: Kenapa ustaz sebut dahan rapuh.

Ustaz Hassan: Saya teringat pepatah berbunyi ” Seperti bergantung di dahan rapuh”. Bila-bila masa boleh patah dan jatuh.

Soalan: Terukkah masaalah ukhuwah hari ini

Ustaz Hassan: Ukhuwah atau persaudaraan Islam seolah-olah tidak wujud lagi. Ramai orang Islam tidak lagi ambil pusing pasal ukhuwah .

Soalan: Kenapa boleh jadi begitu. 

Ustaz Hassan: Saya rasa umat Islam meletakkan kepentingan lain di depan , seperti kepentingan kebendaan dan kepentingan dunia. Di samping itu umat Islam suka melebarkan pengaruh massing-masing, kepentingan kumpulan atau puak mengatasi kepentingan ummah.

Soalan: Adakah ustaz bercakap tentang kumpulan parti politik atau NGO.

Ustaz Hassan: Dua-dua sekali. Saya lihat parti politik dan NGO sama-sama bergandingan antara satu sama lain untuk melebarkan jaringan masing-masing.

Soalan: Kenapa ukhuwah itu penting.

Ustaz Hassan: Kerana ia suruhan agama , tidak syak lagi. Allah berfirman dalam AlQuran Ayat 10 Surah Al Hujarat

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Umat Islam tidak dibenarkan berpecah belah kerana umat Islam akan menjadi lemah dan akan dikuasai oleh oleh musuh-musuh Islam di kalangan orang kafir dan munafik. Kita boleh tengok di mana saja umat Islam bertelagah sesama sendiri, orang kafir dan munafik akan mengambil kesempatan untuk menguasai umat Islam dan tanah air mereka.
 
Kelemahan orang Islam ialah apabila mereka bertelagah , mereka suka sangat cari orang kafir sebagai penolong mereka. Perangai seperti ini sangat bahaya.
 
Nanti dalam kubur , si mati akan disoal. “Siapa saudara kamu”. Soalan bocor. Bagaimana nak jawab soalan malaikat kalau di dunia kita tidak ambik cakne tentang ukhuwah Islamiah.

Soalan: Kalau ada dua golongan umat Islam berbalah patutkah kita terus menyebelahi kumpulan yang berkawan dengan kita
atau yang kebih terpengaruh. Yakni patutkah kita berpihak.

Ustaz Hassan: Kena rujuk ayat 10 Surah Al Hujarat di atas. Pihak ketiga hendaklah mendamaikan antara dua kumpulan tersebut supaya berbaik-baik semula. Pihak ketiga kena berlaku adil, tidak boleh memihak.

Soalan: Apakah asas persaudaraan Islam.

Ustaz Hassan: Berpegang dengan tali Allah, dengan maksud tetap dengan agama Islam dan berpegang dengan Kitab Allah yakni AlQuran sepenuhnya sebagai disebut dalam ayat 103 Surah Ali Imran.
 
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. 

Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Soalan: Terima kasih atas jawapan-jawapan Ustaz yang begitu mudah difahami. Kita bertemu lagi di lain hari ye.

Ustaz Hassan: Sama-sama. Insyaallah kita boleh berjumpa lagi di alam maya



 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s